KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan garis panduan baharu untuk mengukuhkan peranan firma analisis pelaburan dan analisis mereka sebagai sumber maklumat pelaburan yang boleh dipercayai kepada orang ramai.
SC dalam satu kenyataan pada Khamis berkata garis panduan Tata Laku Pasaran dan Amalan Perniagaan bagi Analisis Pelaburan dan Analisis Mereka (Garis Panduan IA) menggariskan prinsip teras dan standard minimum yang perlu dipatuhi oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) dan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran (CMSRL).
"Firma analisis pelaburan dan analisis mereka diharapkan memiliki standard integriti dan kompeten yang tinggi dalam menyediakan perkhidmatan berkaitan penyelidikan bagi memastikan objektiviti dan kualiti laporan dan cadangan penyelidikan mereka.
"Mereka akan diberikan tempoh enam bulan untuk membiasakan diri mereka dengan Garis Panduan IA, yang berkuat kuasa pada 8 Jun, 2023," katanya.
Pengerusi SC Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata penasihat pelaburan memainkan peranan penting dalam pasaran modal dengan menyediakan maklumat berharga kepada pelabur untuk menilai peluang pelaburan.
"Itulah sebabnya mengapa SC mengharapkan mereka dapat menyediakan perkhidmatan berkaitan penyelidikan dengan tekun dan wajar," katanya.
Selain itu, SC berkata ia juga mengeluarkan nota teknikal untuk menyediakan butiran terperinci mengenai keperluan pelesenan bagi mereka yang menyediakan nasihat pelaburan digital sejajar dengan agenda SC untuk mewujudkan ekosistem inklusif secara digital bagi pasaran modal.
"Kedua-dua pembangunan itu menyokong teras utama Pelan Induk Pasaran Modal 3 untuk menyediakan kepada pelabur akses yang lebih baik kepada nasihat pelaburan berkualiti dan peningkatan kepelbagaian untuk memenuhi keperluan pelaburan mereka menerusi ekosistem inklusif yang lebih digital," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

Penasihat pelaburan memainkan peranan penting dalam pasaran modal dengan menyediakan maklumat berharga kepada pelabur untuk menilai peluang pelaburan.
![AWANI Borneo [06/02/2023] - Keluar Warisan, sokong Hajiji | Kawasan besar terjejas | 'Ghaib' setiap kali operasi AWANI Borneo [06/02/2023] - Keluar Warisan, sokong Hajiji | Kawasan besar terjejas | 'Ghaib' setiap kali operasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2008248/19199450371675683137635_640x360.jpg)
AWANI Borneo [06/02/2023] - Keluar Warisan, sokong Hajiji | Kawasan besar terjejas | 'Ghaib' setiap kali operasi
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar; 1. Warisan terima tamparan hebat, tiga ADUN isytihar keluar parti, sokong Hajiji 2. Pemotongan peruntukan pembangunan jejas usaha bangunkan kawasan pedalaman - Alexander 3. Pengemis Palauh hilang setiap kali operasi, menteri kata mungkin angkara sindiket Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
KPT menggalakkan semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melaksanakan Program Menu Rahmah bagi meringankan beban pelajar daripada golongan berpendapatan rendah.

Ordinan Buruh Sabah | Cadangan pindaan terbaharu termasuk cuti bersalin 98 hari
Satu badan bertindak bagi memantau perlaksanaan pindaan terbaharu Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Negeri Sabah akan diwujudkan dalam masa terdekat.

Chap Goh Meh | Perarakan simbol penyatuan kepelbagaian bangsa dan budaya
Teruja dan menyeronokkan. Itu yang diungkapkan peserta dari Sabah dan Brunei, yang pertama kali meraikan sambutan Chap Goh Meh di Lundu, Sarawak pada Ahad.

Sumbing | Pembedahan klef besar-besaran di Hospital Lahad Datu
Program pembedahan klef atau sumbing secara besar besaran iaitu Grand Smile Operation Initiative (GSOI) akan diadakan di Hospital Lahad Datu Sabah bermula esok.

Pendidikan Awal | Sasar 100 peratus anak Sarawak bersedia ke darjah satu
Sarawak terus komited dalam memastikan setiap kanak-kanak di negeri itu mendapat akses pendidikan awal sebelum melangkah ke darjah satu.

Pengangguran | Sabah susun atur pelan elak tenaga kerja berhijrah
Isu pengangguran di negeri Sabah akan terus ditangani secara agresif. Ini bagi mengelakkan lebih ramai tenaga kerja di negeri itu berhijrah seterusnya menyebabkan kekurangan tenaga buruh yang serius.

Peruntukan Dipotong | Sukarkan penyaluran bantuan & urus tadbir kawasan pedalaman
Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berpendapat keputusan mengurangkan peruntukan pembangunan untuk Ahli Parlimen akan menyukarkan penyaluran bantuan dan urus tadbir di kawasan di pedalaman.

Keluar Parti | Tiga ADUN umum keluar Warisan, sokong Hajiji
Tiga ADUN Warisan mengumumkan keluar parti dan memilih untuk berkhidmat sebagai ADUN Bebas dan menyokong kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Banjir: 6 PPS dibuka di Pahang, mangsa di Johor menurun, Sabah pulih
Situasi banjir pada petang ini menyaksikan Pahang kembali terjejas manakala Johor menunjukkan perkembangan positif dan keadaan di Sabah pulih sepenuhnya.

SC lantik dua Pengarah Urusan baharu
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan pelantikan Kamarudin Hashim dan Datin Azalina Adham sebagai Pengarah Urusan baharunya, berkuat kuasa 1 Januari 2023.

SC keluar garis panduan baharu, nota teknikal makluman pelaburan
Penasihat pelaburan memainkan peranan penting dalam pasaran modal dengan menyediakan maklumat berharga kepada pelabur.

SC batalkan lesen wakil perkhidmatan pasaran modal LT International Futures
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) membatalkan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) LT International Futures (M) Sdn Bhd kerana melanggar syarat lesen, berkuat kuasa 22 Sept, 2022.

SC SC tandatangan MMOU penyeliaan APRC IOSCO pada mesyuarat pengawal selia global
SC menandatangani Memorandum Persefahaman Pelbagai Hala untuk Kerjasama Penyeliaan (MMoU Penyeliaan) Jawatankuasa Serantau Asia Pasifik (APRC) IOSCO.

SC gantung lesen Nazri Khan berdasarkan bukti
Penggantungan Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSRL) milik Datuk Nazri Khan Adam Khan oleh SC sejak 6 Oktober lalu dibuat berdasarkan bukti-bukti yang diterima.

Orang ramai diminta berwaspada terhadap penipuan tawaran pelaburan - SC
Sehingga September tahun ini, SC menerima lebih 1,800 aduan dan pertanyaan berkaitan penipuan pelaburan dan aktiviti tidak berlesen.

SC gantung lesen Nazri Khan selama enam bulan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menggantung Lesen Wakil Perkhidmatan Pasaran Modal milik Pengarah Eksekutif dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd (IPAM) Datuk Nazri Khan.

Malaysia raih hampir AS$2 bilion menerusi terbitan sukuk SRI dari 2015 hingga 2021 - SC
Malaysia meraih hampir AS$2 bilion menerusi 21 terbitan sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) dari tempoh 2015 hingga 2021, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Lembaga pengarah perlu kekal bebas, elak terlalu bergantung pada pengurusan - SC
Ahli lembaga pengarah bukan 'perhiasaan' dan jawatan berkenaan tidak harus dilihat sebagai satu keistimewaan atau kesempatan mendapatkan manfaat.

Pengubahan wang haram: SC Malaysia mohon kerjasama orang awam kesan enam individu
Kesemua individu terbabit disiasat atas kesalahan melanggar Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.