Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) membayar dividen sebanyak RM16.2 juta kepada kerajaan Sabah selain RM1 juta sebagai pembayaran faedah dan pinjamaan kepada kerajaan negeri bagi 2015.
Dalam kenyataan hari ini, SCC berkata ia turut membayar zakat berjumlah RM107,000 kepada Pusat Zakat Sabah.
Pembayaran dibuat dengan kehadiran Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Sejak 2002, apabila kerajaan negeri mula menyuntik modal dalam SCC, perbadanan itu telah membayar sejumlah dividen kasar lebih RM239 juta.
"Satu pencapaian bagi sebuah organisasi yang bermula pada 1955 dengan geran pelancaran sebanyak RM1 juta.
"SCC berterima kasih kepada kerajaan negeri yang diterajui oleh Ketua Menteri atas sokongan yang berterusan kepada SCC, terutamanya apabila perbadanan ini menjadi entiti yang lebih komersial.
"Jaminan berterusan daripada Ketua Menteri menjadikannya lebih mudah bagi lembaga pengarah dan pengurusan untuk meneroka di luar daripada zon selesanya dan melaksanakan lebih banyak bidang perniagaan," menurut kenyataan itu.
Bernama
Wed Jun 22 2016

SCC berkata ia turut membayar zakat berjumlah RM107,000 kepada Pusat Zakat Sabah. - Gambar fail

COVID-19 | Perintah berkurung di Wuhan - Satu tahun kemudian
23 Januari 2020, dunia menyaksikan perintah berkurung pertama dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19 di Wuhan, China. Satu tahun kemudian, hampir seluruh dunia telah mengambil pendekatan yang sama, manakala di Wuhan, penduduk kini menikmati kebebasan.

Politik UMNO | Beri alasan yang kukuh sebelum putuskan kerjasama
Aizat Azam yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbok berpendapat, walaupun usaha memutuskan kerjasama dengan Bersatu ada asasnya, tetapi ia tidak boleh dibuat tanpa alasan yang kukuh. Jelasnya lagi, persepsi terhadap Umno ketika ini agak negatif, apatah lagi selepas ia dilihat cuba meruntuhkan kerajaan Perikatan Nasional, dan dianggap gila kuasa.

Kanak-kanak leukimia | Impian naiki kenderaan polis tercapai
Impian seroang kanak-kanak yang menghidap penyakit leukimia tahap empat untuk menaiki kenderaan polis akhirnya tercapai.

Politik | Perpecahan dalam UMNO berlaku sebelum PRN Sabah
Perbezaan pendapat dalam usaha persiapan UMNO menghadapi pilihan raya umum dilihat antara faktor utama yang menyebabkan perpecahan dalam parti Melayu terbesar itu. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, titik-titik perbezaan pendapat semakin ketara sewaktu berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri Sabah pada November tahun lepas.
![[INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri [INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/23023825271611332239891/1886850_8967789641611332281403_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kluster baharu (22 Januari 2021), 12 kluster baharu di 8 negeri

COVID-19 | Larikan jenazah bapa, 4 beradik direman
Empat beradik direman selama tiga hari selepas bertindak melarikan jenazah bapa mereka di Hospital Lahad Datu apabila enggan membenarkan hospital menjalan SOP COVID-19 terhadap bapa mereka.

COVID-19 | Pesakit COVID-19 dipercayai bunuh diri
Tertekan akibat positif COVID-19 dan terpaksa membayar kos rawatan yang tinggi di hospital swasta, seorang lelaki dipercayai membunuh diri di rumahnya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

10 Berita Pilihan - (22 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kes Dadah: Armada serah sepenuhnya kepada polis, akui suspek ahli Bersatu
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan sepenuhnya siasatan kes tangkapan seorang ahli politik kerana memproses dadah pada Rabu.

Calon positif COVID-19, dikuarantin tidak boleh duduki peperiksaan - KPM
Peperiksaan utama yang dijadual bermula pada Februari ini tidak akan ditangguhkan, namun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengaturkan sesi lain bagi calon yang tidak dapat hadir.

SCC bayar dividen RM16.2 juta kepada kerajaan Sabah
Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) membayar dividen sebanyak RM16.2 juta kepada kerajaan Sabah selain RM1 juta sebagai pembayaran faedah dan pinjamaan kepada kerajaan negeri bagi 2015.