awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirBorneo tawar 20 peratus diskaun sempena Tahun Baharu Cina
P. Pinang beri kerjasama penuh kepada SPRM siasat pegawai kanan kerajaan negeri
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan di Bondi: Pemilik kedai buah disanjung wira selepas tumpaskan penyerang

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2025
00:10 MYT
Serangan di Bondi: Pemilik kedai buah disanjung wira selepas tumpaskan penyerang
Ahmed al-Ahmed menyerbu penyerang dari belakang dan berjaya merampas senapang penyerang sebelum menyerahkan senjata kepada pihak polis. - Foto X/Brad Lander
SYDNEY: Seorang pemilik kedai buah-buahan di Sydney dikenalpasti sebagai wira yang berjaya melumpuhkan salah seorang penyerang bersenjata dalam tragedi tembakan di Pantai Bondi.

Ringkasan AI
  • Pemilik kedai buah-buahan di Sydney dikenalpasti sebagai wira yang berjaya melumpuhkan penyerang bersenjata dalam tragedi tembakan di Pantai Bondi yang mengorbankan 16 nyawa dan mencederakan lebih 40 orang.
  • Ahmed al-Ahmed, 43, menyerbu penyerang dari belakang dan berjaya merampas senapang penyerang sebelum menyerahkan senjata kepada pihak polis.
  • Tindakan berani Ahmed telah dipuji oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, sebagai menyelamatkan nyawa orang lain, manakala salah seorang penyerang maut dan seorang lagi ditahan dan dirawat di hospital.

Insiden berkenaan mengorbankan 16 nyawa dan mencederakan lebih 40 orang.
Lelaki berkenaan, dikenali sebagai Ahmed al-Ahmed, 43, bertindak berani apabila menyerbu dari belakang dan merampas senapang daripada salah seorang penyerang yang melepaskan tembakan ke arah orang ramai semasa sambutan Hanukkah pada Ahad lalu.
Rakaman video menunjukkan Ahmed, yang memakai baju-T putih, mengejar penyerang sebelum bergelut dan berjaya merampas senjata tersebut.
Beliau kemudian menghalakan senapang ke arah penyerang sebelum meletakkannya di bawah sebatang pokok dan mengangkat tangan sebagai isyarat kepada pihak polis bahawa beliau bukan ancaman.
Dalam insiden itu, Ahmed turut ditembak sebanyak dua kali dan kini sedang menerima rawatan di hospital selepas menjalani pembedahan.
Keberaniannya telah dipuji ramai, termasuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, yang menyifatkannya sebagai “lelaki hebat” kerana tindakannya menyelamatkan nyawa orang lain.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa salah seorang penyerang maut di tempat kejadian manakala seorang lagi kini berada dalam tahanan dan sedang dirawat di hospital.
Insiden ini telah mencetuskan kejutan dan kesedihan di seluruh Australia, dengan pemimpin negara menyeru rakyat untuk bersatu dalam menghadapi tragedi ini.
Topic Berkaitan
#Pantai Bondi
#Ahmed al-Ahmed
#wira
#penyerang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan