KUALA LUMPUR: Schneider Electric melantik Pang Xingjian sebagai Presiden Zon Asia Timur baharu berkuat kuasa 1 Jan 2024.
Schneider Electric dalam kenyataan semalam berkata Pang akan beroperasi dari ibu pejabat serantau di Singapura, Pulse@Kallang dan menerajui pertumbuhan di Zon Asia Timur dengan memberi tumpuan kepada kemampanan, pengurusan tenaga dan automasi generasi akan datang.
Menurut kenyataan itu, kepakaran Pang akan menyokong Schneider Electric dalam usahanya untuk meningkatkan sektor pembuatan di Malaysia dalam mengintegrasikan langkah mampan ke dalam strategi pertumbuhan, selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).
Presiden Negara Schneider Electric Malaysia, Eugene Quah berkata dengan pengalaman luas Pang syarikat itu bersedia untuk mengukuhkan usaha kolektifnya di rantau itu.
"Kami berbesar hati mempunyai Pang dalam pasukan kepimpinan di Schneider Electric. Kami bersedia untuk mengharungi kerumitan dan merebut peluang untuk memajukan misi kami bagi memanfaatkan sepenuhnya tenaga dan sumber, merapatkan kemajuan dan kemampanan untuk semua.
"Kami berhasrat untuk mengukuhkan usaha ke arah daya tahan industri dan menyumbang untuk menangani cabaran alam sekitar di negara ini. Ini melibatkan sokongan pelanggan kami dalam meningkatkan kecekapan tenaga, menerima pakai teknologi digital dan melaksanakan strategi untuk kelestarian dan ESG (tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat)," katanya.
Quah berkata syarikat itu menyasarkan untuk menangani cabaran industri yang mendesak seperti kekurangan kemahiran dan menyokong pelanggan dalam transformasi digital mereka melalui ekosistem rakan kongsi yang luas di Malaysia.
Menurut kenyataan itu, Zon Asia Timur merangkumi 14 pasaran termasuk Malaysia dan Schneider Electric yang menggaji 12,000 tenaga kerja di lebih 100 kemudahan jualan, pengeluaran, logistik dan RD di seluruh Asia Timur.
Pang menyertai Schneider Electric pada 2002 sebagai Offer Marketer in Low Voltage dan telah memegang pelbagai jawatan eksekutif termasuk Naib Presiden Perniagaan Pengurusan Peralatan Asal (OEM) China dan Naib Presiden Kanan Automasi Industri di China.
Lulusan Lanzhou University of Technology itu memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Teknologi dan Peralatan Pembuatan Mekanikal. Beliau juga memiliki Sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal dan MBA Eksekutif dari China Europe International Business School.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024

Pang telah memegang pelbagai jawatan eksekutif termasuk Naib Presiden Perniagaan Pengurusan Peralatan Asal China dan Naib Presiden Kanan Automasi Industri di China. - Foto Schneider Electric
"Pesawah terus dibantu dengan pemberian subsidi" - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata Kerajaan tetap komited terus beri subsidi dan insentif pada pesawah seperti bayaran insentif upah baja, bantuan racun bagi mengawal penyakit tanaman.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kalau terjerit walaupun duduk, saya boleh halau keluar" - Timbalan Speaker
Kekocahan berlaku di dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Shah Alam menyuarakan semasa perbahasaan isu pembelaan pesawah.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
Kerajaan komited jadikan industri padi tunjang utama keterjaminan makanan negara - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kerajaan komited untuk menjadikan industri padi sebagai tunjang utama kepada keterjaminan makanan negara dengan sokongan padu dari semua pihak
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"AI pada ketika ini sangat rancak digunakan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata platfom media sosial juga berusaha untuk menangani masalah penyalahgunaan AI
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Kita dapati ada yang beberapa platfom yang sering kali di salah guna" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata beberapa langkah yang telah diambil termasuk mengenakan menarik balik exemption oder (pas diplomat) yang memerlukan platfom memenuhi syarat seperti mendaftar dengan MCMC.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang pada penambahbaikkan" - Menteri Komunikasi
Menteri Komunikasi berkata MCMC telah melaksanakan sesi libat urus secara berterusan dengan penyedia platfom media sosial.
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Usaha ini menyumbang kepada penambahbaikkan, menjadikan lebih efisien dan berkesan"Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
SERY antara usaha KBS untuk perusahaan sosial - Timbalan Menteri KBS
Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata program Social Entreprenuership Rural Youth (SERY) dianjurkan untuk meningkatkan perusahaan sosial di penempatan terpencil.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Tidak boleh hanya bergantungan pada pembangunan belia"- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata agensi dan pertubuhan di Malaysia anjurkan kerjasama yang lebih strategik dan beri tumpuan kepada cabaran belia meningkat dewasa seperti pembangunan ekonomi
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Mohon peruntukan dari Kementeriaan Kewangan"- Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Kerja Raya berkata Kementerian Kerja Raya telah melantik syarikat PBH Asset Management untuk melaksanakan penyelenggaraan Lebuh raya Pan Borneo dalam tempoh 3 tahun.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"1 peratus belum siap, melibatkan pengalihan utiliti" - Timbalan Menteri
Timbalan Menteri Kerja Raya berkata program kolaborasi JKR Malaysia, JKR Sarawak dan JKR Sabah bagi memastikan usaha pembangunan rakyat dapat berjalan lancar.
“99 peratus siap dan ini adalah projek kerajaan yang bernilai RM16.1 bilion”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
“99 peratus siap dan ini adalah projek kerajaan yang bernilai RM16.1 bilion”Katanya
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara