awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan e-invois dilanjut setahun lagi bagi syarikat nilai jualan tahunan RM1-RM5 juta - PM
Warisan calonkan Saddi bagi Parlimen Kinabatangan, Mazliwati DUN Lamag
[KOLUMNIS] Universiti tidak jamin pekerjaan tetapi bina keupayaan jangka panjang mahasiswa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor automotif Malaysia tumbuh 5.0 peratus pada suku keempat 2025

Bernama
Bernama
20/11/2025
12:37 MYT
Sektor automotif Malaysia tumbuh 5.0 peratus pada suku keempat 2025
Proton baru-baru ini melancarkan Saga MC3 2026 dan e.MAS 5 pada awal November dan dilaporkan telah menerima sekitar 10,000 tempahan bagi setiap model itu. - Bernama
KUALA LUMPUR: Sektor automotif Malaysia dijangka mencatat kenaikan 5.0 peratus dalam jumlah jualan suku ke suku pada suku keempat 2025 (S4 2025), kata CIMB Securities Sdn Bhd.
Prestasi itu disokong oleh pelancaran beberapa model baharu daripada jenama tempatan dan pembelian kenderaan elektrik (EV) pada saat akhir dalam tempoh November-Disember, menurut nota penyelidikan firma itu hari ini.
Ia berkata jenama kereta nasional dijangka membantu mengekalkan permintaan pada suku keempat 2025 dan memberi kesan berterusan sehingga ke 2026.
"Proton baru-baru ini melancarkan Saga MC3 2026 dan e.MAS 5 pada awal November dan dilaporkan telah menerima sekitar 10,000 tempahan bagi setiap model itu. Perodua pula dijangka turut melancarkan EV pertamanya menjelang akhir November ini," katanya.
Firma sekuriti itu berkata ia mengekalkan penarafan "Neutral" ke atas sektor berkenaan berikutan prospek pertumbuhan yang sederhana di tengah-tengah persaingan pasaran yang semakin sengit.
"Sektor ini kini diniagakan pada 10.0 kali nisbah harga kepada pendapatan (P/E) purata berwajaran 2026, iaitu hampir satu sisihan piawai di bawah purata lima tahunnya sebanyak 11.6 kali.
"Walaupun diskaun penilaian ini mencerminkan prospek pertumbuhan pendapatan yang lembap dalam persekitaran persaingan yang sengit, sektor ini terus menawarkan hasil dividen menarik antara 6.8 hingga 7.0 peratus bagi 2025-2026," katanya.
Firma itu berkata pemangkin utama bagi sektor ini termasuk pengukuhan ringgit berbanding dolar AS dan yen Jepun, pemotongan kadar faedah, serta dasar kerajaan yang menyokong untuk merangsang permintaan domestik.
"Risiko penurunan terhadap unjuran kami termasuk susut nilai ringgit yang seterusnya berbanding dolar AS dan yen Jepun, kemungkinan kenaikan kadar faedah, serta dasar yang tidak menguntungkan seperti pengenalan penilaian nilai pasaran terbuka yang boleh meningkatkan purata harga jualan kenderaan baharu," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sektor automotif
#prestasi jualan
#model baharu
#kenderaan elektrik
#permintaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan