Skip to main content

Malaysia

Tiga kereta Cikgu Chandra dibakar

SINAR HARIAN
Video kereta dibakar yang dikongsi Firdaus Wong di Thread. - Foto Sinar Harian

SHAH ALAM: Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dibakar, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Menurut perkongsian pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung di Threads, kejadian itu berlaku pada pagi ini.

Advertisement

“Petang tadi, tiga buah kereta dengan beberapa lelaki memakai topeng penuh dan bersenjatakan parang cuba membunuh Cikgu Chandra.

“Awal pagi tadi, sekitar jam 3 lebih, mereka membakar ketiga-tiga buah kereta Cikgu Chandra. Mujur polis dan bomba sampai cepat untuk memadamkan api dan mengawal keadaan,” ujarnya hari ini.

Sebelum ini, rumah Cikgu Chandra di Puchong didakwa telah diserang sekumpulan lelaki yang memecahkan cermin kereta serta tingkap kediamannya.

Serangan ini berlaku hanya beberapa hari selepas seorang pendakwah bebas terkenal, Zamri Vinoth, diserang sekumpulan lelaki ketika berada di dalam keretanya.

Firdaus Wong turut menegaskan supaya mereka yang melakukan jenayah tersebut diambil tindakan segera.

“Kita tidak boleh biarkan pelampau begini berleluasa. Ini negara hukum.

“Hukum penghasut dan pelampau dengan segera sebelum tindakan mereka membakar negara,” katanya. - Sinar Harian

 

Must Watch Video