awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada di Sarawak - MetMalaysia
Disney bayar denda AS$10 juta selesai dakwaan langgar privasi kanak-kanak
Guatemala catat penurunan deportasi 23 peratus, 55,000 warga dihantar pulang sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor e-dagang dijangka capai RM46.9 bilion tahun ini

Isabelle Leong
Isabelle Leong
10/11/2020
14:35 MYT
Sektor e-dagang dijangka capai RM46.9 bilion tahun ini
Berdasarkan laporan e-Conomy South East Asia (SEA) 2020, sektor e-dagang telah memacu kadar pertumbuhan yang pesat di negara ini sebanyak 87 peratus. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Nilai dagangan kasar (GMV) Malaysia secara keseluruhan dijangka mencapai jumlah nilai sebanyak AS$11.4 bilion (RM46.9 bilion) pada tahun 2020, selepas pertumbuhan pada kadar enam peratus dari tahun ke tahun.
Berdasarkan laporan e-Conomy South East Asia (SEA) 2020, sektor e-dagang telah memacu kadar pertumbuhan yang pesat di negara ini sebanyak 87 peratus.
Pengurus Komunikasi & Hal Ehwal Awam Google Malaysia, Yau Chuan Ng berkata peningkatan mendadak tersebut telah menyeimbangkan penurunan dalam sektor pelancongan.
"Kami telah bergerak dari AS$10.7 bilion (RM44.1 bilion) kepada AS$11.4 bilion pada tahun 2020. Ia merupakan pertumbuhan yang agak positif memandangkan terdapat penurunan dalam sektor pelancongan.
"Bagaimanapun, kami menjangkakan ini akan meningkat semula tiga kali ganda dalam masa lima tahun.
"Oleh itu, kami terus berasa optimis bahawa ekonomi digital mempunyai daya tahan yang tinggi dan ia akan membantu kami berdepan dengan situasi yang sukar," katanya pada sesi pembentangan menerusi Google Meet pada Selasa.
Beliau berkata menjelang tahun 2025, jangkaan keseluruhan nilai e-ekonomi akan mencapai AS$30 bilion (RM123.6 bilion) dengan Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun (CAGR) memecut semula kepada 23 peratus.
Topic Berkaitan
#GMV
#Nilai dagangan kasar
#laporan e-Conomy SEA 2020
#Yau Chuan Ng
#Pengurus Komunikasi & Hal Ehwal Awam Google Malaysia
#pelancongan
#Kadar Pertumbuhan Tahunan Kompaun
#CAGR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan