MCA sememangnya memahami rakyat yang kini merasai tekanan akibat kos sara hidup tinggi akibat kenaikan harga barangan di negara ini.
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang merupakan penyandang Ahli Parlimen Bentong untuk melihat kemajuan bidang ekonomi di Parlimen ini.
Bukan sahaja untuk melihat kemajuan dan peningkatan ekonomi masyarakat, malah turut mengatur pelbagai program dan projek yang telah banyak meningkatkan pendapatan peniaga, khususnya peniaga-peniaga kecil.
“Saya juga memfokuskan kepada aktiviti e-dagang iaitu e-usahawan dan e-rezeki yang dilaksanakan oleh MDEC, bagaimana mengajak rakyat Bentong menggunakan platform ini memperkenalkan produk-produk mereka
“Saya ingin berterima kasih kepada pihak Telekom kerana menawarkan mewujudkan talian WiFi di daerah Bentong yang telah membantu penduduk meningkatkan ekonomi,” katanya.
Sementara itu Tiong Lai berkata, beliau juga fokus untuk mempercepatkan projek CSR supaya ia disiapkan dengan segera kerana kesesakan di Bentong semakin meningkat
“Kita juga akan segerakan proses naik taraf laluan-laluan utama di Bentong, selain jalan-jalan antara taman-taman disambung dan kita akan dapat sedikit sebanyak menyelesaikan masalah kesesakan lalu-lintas khususnya pada musim hari raya dan cuti sekolah.
“Dengan adanya laluan berkenaan, kita dapat membantu penduduk setempat yang akan menggunakan jalan tersebut ketika trafik sesak dan sedikit sebanyak dapat mempercepatkan urusan mereka khususnya di Bandar Bentong,” katanya.
Sinar Harian
Sat Apr 28 2018

Adalah menjadi tanggungjawab Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang merupakan penyandang Ahli Parlimen Bentong untuk melihat kemajuan bidang ekonomi di Parlimen ini. - Gambar fail

10 Berita Pilihan - (17 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kebakaran | Bangunan Hospital Tanah Merah dalam pembinaan terbakar
Sebahagian bangunan Hospital Tanah Merah yang masih dalam pembinaan terbakar malam ini.

Kerajaan setuju bentuk Kumpulan Penasihat Kesihatan dan Saintifik COVID-19 - PM
Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

Banjir Sarawak | Barangan keperluan asas telah dihantar ke pedalaman
Keadaan cuaca yang tidak menentu dan taburan hujan hingga Ahad memaksa Angkatan Pertahanan Awam bertindak pantas. Justeru, bantuan bekalan makanan asas dihantar ke pusat penyimpanan di pedalaman Sarawak. Kesiapsiagaan itu diambil sekiranya banjir melanda kawasan pedalaman yang memerlukan perjalanan lama.

Banjir Sarawak | Kerjasama ketua kaum dipuji
Selain itu, Mohtar turut memuji peranan ketua kampung, ketua masyarakat dan penghulu di sesuatu kawasan yang terjejas akibat banjir. Katanya, kerjasama yang diberikan memudahkan urusan pemindahan dan menyelamat. Ia sesuatu yang wajar dipuji.

Op Benteng | 17 PATI, 2 tekong ditahan dalam Op Benteng
17 pendatang tanpa izin (PATI) dan dua tekong berjaya ditahan dalam Operasi Benteng dijalankan di sempadan negara pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut dirampas sebanyak tujuh buah kenderaan darat yang dipercayai digunakan untuk menyeludup masuk PATI.

PKP 2.0 | 66 individu dikompaun cuba rentas negeri / daerah
66 individu cuba merentas negeri dan daerah antara yang dikenakan kompaun oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sabtu. Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, secara keseluruhan pula seramai 580 daripada 608 individu yang ditahan dikenakan kompaun atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP).

AWANI Ringkas: PM setuju tubuh kumpulan penasihat COVID-19 | Kerajaan yakin WTO akan berlaku adil
![[TERKINI] PM bersetuju bentuk kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik COVID-19 [TERKINI] PM bersetuju bentuk kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/31905630441610896292509/1885999_31570730741610896678610_640x360.jpg)
[TERKINI] PM bersetuju bentuk kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik COVID-19
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju untuk membentuk kumpulan penasihat kesihatan dan saintifik COVID-19 yang berperanan memberi nasihat kepada kerajaan dalam isu menangani penularan COVID-19 dalam negara. Sehubungan itu, beliau amat mengalukan pencalonan ahli yang sesuai untuk terlibat dalam kumpulan penasihat ini.

COVID-19 | Ketua Bersatu Sepang positif COVID-19
Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sepang, Datuk Suhaimi Ghazali dilaporkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan Ghazali sendiri menerusi satu kenyataan dalam laman Facebook beliau pada Sabtu.

60 runtuhan dikesan halang laluan di Bukit Fraser
Sebanyak 139 runtuhan dikesan di sepanjang laluan naik dan turun Bukit Fraser dengan 60 daripadanya dilaporkan telah menghalang laluan.

Tanah runtuh, Jalan Lama Bentong-Raub ditutup
Jalan Lama Bentong-Raub ditutup kepada semua kenderaan hari ini berikutan kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat.

Mayat mekanik dihanyut arus ditemui di atas batu di tengah sungai
Mayat Tan Kok Meng, 59, ditemui pasukan penyelamat kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian jam 11.20 pagi tadi.

Tiga lokaliti dalam Mukim Bentong, dikenakan PKPD
Ismail Sabri berkata, tiga lokaliti itu membabitkan Apartment Amber Court, Apartment Ria dan Rumah Kongsi Kampung Semaut dalam mukim berkenaan.

Suspek positif COVID-19, polis nafi Balai Polis Bentong ditutup
Polis menafikan dakwaan Balai Polis Bentong ditutup kepada orang awam selepas seorang suspek yang ditahan disahkan positif COVID-19.

Kerajaan runding semula jajaran asal ECRL Mentakab - Pelabuhan Klang
Rundingan semula dengan pihak kerajaan China dan kontraktor utama ECRL bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung kos dan jadual projek membabitkan jajaran Mentakab-Pelabuhan Klang.

Lima lelaki dikesan sengaja buang lebih enam tan kulit durian di tepi jalan
Lima lelaki dikesan membuang lebih enam tan kulit durian di jalan lama Bentong-Raub, Bentong.

Kerani wanita rugi RM13,788 ditipu sindiket skim cabutan bertuah
Mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek lelaki yang memaklumkan dirinya telah terpilih untuk menyertai cabutan bertuah anjuran sebuah syarikat penyedia e-dompet, Selasa lalu.

Dua anggota tentera maut kemalangan
Mangsa menaiki kereta jenis Proton Saga dalam perjalanan ke Kem Tentera Darat Mempaga di sini.

Lelaki mati di lokap Bentong negatif COVID-19
Lelaki berusia 30 tahun yang meninggal dunia di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong dipercayai akibat sesak nafas dua hari lepas, disahkan negatif COVID-19.