awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 1 juta rakyat Terengganu nikmati manfaat PJRM - KPDN
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor jangka limpahan ekonomi hasil hubungan baik Malaysia-China - Amirudin

Bernama
Bernama
18/04/2025
20:20 MYT
Selangor jangka limpahan ekonomi hasil hubungan baik Malaysia-China - Amirudin
Amirudin menyampaikan ucapan pada Majlis Seindah Syawal Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) 2025 di Dewan Orkid, Wisma PKPS, Shah Alam, 18 Apr 2025. -- fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Hubungan baik antara Malaysia dan China susulan lawatan negara Presiden Xi Jinping baru-baru ini dijangka membawa limpahan ekonomi lebih positif kepada Selangor, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata ia terserlah menerusi pertemuannya bersama pemain industri dari negara berkenaan yang menunjukkan kepercayaan dan prospek cerah berkait kemajuan Selangor, selain keyakinan ditunjukkan Xi terhadap hubungan kedua-dua negara dalam mendepani cabaran masa hadapan.
"Selangor sebagai satu daripada negeri pendahulu untuk kegiatan ekonomi pastinya akan mendapat manfaat awal, terutamanya dengan kehadiran pelancong dan juga industri.
"Malah, saya juga sempat bertemu dengan beberapa pemain industri ketika lawatan Presiden China ke sini dan ini sedikit sebanyak membuka peluang baharu untuk kita teroka, terutamanya dalam bidang semikonduktor serta elektrik dan elektronik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ehsan Raya Meriah Lain Macam Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Wisma PKPS di sini semalam.
Presiden China itu, memulakan lawatan negara tiga hari ke Malaysia pada Selasa atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Ia kunjungan rasmi kedua Xi ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas lawatan pertama beliau pada 2013, menyaksikan kedua-dua negara menaik taraf hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor
#ekonomi
#hubungan Malaysia-China
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan