Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan

FAM telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berhubung dakwaan pemalsuan dokumen tersebut. - Gambar fail/Astro Arena
KUALA LUMPUR : Polis membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.
Ringkasan AI
- Polis membuka kertas siasatan berhubung pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan skuad Harimau Malaya.
- Seksyen 468 Kanun Keseksaan digunakan untuk siasatan, hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda boleh dikenakan.
- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat laporan polis berkenaan pemalsuan dokumen, berdasarkan saranan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC).
"Setakat ini, dua individu dipanggil dan dirakam keterangan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berhubung dakwaan pemalsuan dokumen tersebut.
Pemangku Presidennya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, tindakan itu diambil selaras dengan saranan Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, selepas jawatankuasa berkenaan menyiapkan laporan siasatan mereka baru-baru ini.
Beliau menegaskan, FAM akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis serta menghormati proses undang-undang yang sedang berjalan.
Terdahulu, IIC dalam laporan penuh siasatan mereka telah mengemukakan tiga cadangan kepada FAM susulan isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


