awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SELBIZ 2022 sasar RM5 juta transaksi jualan - PKNS

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
29/06/2022
08:03 MYT
SELBIZ 2022 sasar RM5 juta transaksi jualan - PKNS
SELBIZ 2022 merupakan platform terbaik untuk mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan syarikat, malah menggalakkan pengusaha dari desa dan peruncitan mengetengahkan produk mereka. - Foto PKNS
PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan transaksi jualan RM5 juta menerusi Ekspo Usahawan Selangor 2022 (SELBIZ 2002) yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 September depan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Shah Alam.
Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mahmud Abbas berkata, sebanyak 160 gerai jualan akan dibuka dengan sasaran 10,000 pengunjung selain memfokuskan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemula niaga (start-up).
“SELBIZ 2022 merupakan platform terbaik untuk mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan syarikat. Kami juga menggalakkan pengusaha dari desa dan peruncitan mengetengahkan produk mereka. Malah, ia diharap akan menjadi pemangkin kepada usahawan tempatan untuk bangkit dalam tempoh pasca pandemik ini.
“Kami ingin memperkasakan perusahaan kecil di negeri ini yang secara tidak langsung akan menyumbang kepada taraf sosioekonomi negara. Ia selari dengan mandat penubuhan PKNS sejak 27 tahun lalu dengan ransangan kepada hampir 41,000 usahawan dari pelbagai bidang,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Mahmud menambah, penganjuran julung kali SELBIZ 2022 itu juga akan dirasmikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Katanya, ia memberi peluang usahawan mendapatkan khidmat nasihat dan mengenali potensi prospek pasaran untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Ia termasuk sesi jaringan perniagaan dan konsultasi secara terus bersama agensi berkaitan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), SME Corp, Tekun Nasional, SELDEC, Mara serta rangkaian pasar raya Malakat Mall dan Lotus.
Topic Berkaitan
#SELBIZ 2022
#PKNS
#Amirudin Shari
#PKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan