BAGAN SERAI: Pemaju hartanah, MK Land Holdings Berhad (MK Land) melalui anak syarikatnya, Solar Citra Sdn Bhd (SCSB) merancang untuk membangunkan projek ladang tenaga solar di kawasan seluas 54.63 hektar di Kulim, Kedah menjelang akhir tahun hadapan.
Ia susulan kejayaan projek pertama loji solar fotovoltaik (PV) berskala besar 10.95 megawatt (MW) di Lembah Beriah, Kerian dekat sini yang telah mula beroperasi pada 30 Mei lalu dengan kos dianggarkan bernilai RM52 juta.
Pengarah SCSB, Kamarulzaman Abu Bakar berkata pihaknya telah dipilih oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) sebagai salah satu pengeluar tenaga solar di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) di Kulim pada 8 Ogos lalu.
Katanya bagaimanapun ia masih di peringkat awal dan pihaknya telah diberi tempoh tiga bulan untuk menyiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan sebelum ke proses seterusnya.
“MK Land telah dipilih oleh ST untuk menjadi salah satu pengeluar tenaga solar di bawah Program Kuasa Hijau Korporat (CGPP), dengan kapasiti esport yang diperuntukkan hampir 30 MW.
“Projek kerjasama yang menyaksikan pembentukan konsortium di antara MK Land dan Total Energies Renewables SAS ini adalah bertujuan untuk membangunkan loji jana kuasa PV 29.99 MW bagi operasi komersial di Kulim, Kedah menjelang akhir tahun 2025,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Kejayaan MK Land Mencapai Pengoperasian Komersial Janakuasa Solar Fotovotaik Berskala Besar 10.95 MW di bawah skim projek Solar Skala Besar 4 (LSS4) di sini, pada Rabu.
Hadir sama, Pegawai Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri; Pengerusi Eksekutif MK Land, Felina Mustapha Kamal; Pengarah Urusan Solarvest Holdings Berhad (Solarvest), Lim Chin Siu serta Pengurus Teknikal GoodWe Malaysia, Muhammad Farhan Zainuddin.
SCSB telah melantik Solarvest sebagai kontraktor utama bagi penyedia penyelesaian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk projek di Lembah Beriah di atas tanah berkeluasan 16 hektar.
SCSB kemudian menganugerahkan kontrak EPCC kepada Atlantic Blue Sdn Bhd, anak syarikat Solarvest dan GoodWe selaku sub kontraktor yang juga pengeluar dan pembekal peranti penyongsang atau inverter bagi solar projek itu pada Julai tahun lalu.
MK Land kemudiannya menandatangani perjanjian pembelian tenaga solar dengan Tenaga Nasional Berhad pada Ogos 2021 untuk tempoh 21 tahun selepas tapak itu ditauliahkan pada 30 Disember 2022.
Dalam pada itu, Kamarulzaman berkata ladang solar yang menempatkan 32,000 keping panel itu mula membekalkan tenaga solar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Jun lalu dengan sasaran keuntungan kira-kira RM400,000 sebulan.
Pada masa sama, Felina berkata walaupun dengan adanya projek ladang solar berkenaan, MK Land masih meletakkan bidang hartanah sebagai sektor utama syarikat, selain daripada pembangunan resort.
“Sebab kita mewujudkan projek ladang solar ini juga ia melengkapi ekosistem bidang yang MK Land telah ceburi. Dengan adanya projek berkenaan, ia secara tidak langsung akan menambah peluang pekerjaan dan seterusnya memberi manfaat kepada pembangunan hartanah kami,” katanya lagi.
Amirrul Rabbani
Wed Aug 23 2023
Majlis Meraikan Kejayaan MK Land Mencapai Pengoperasian Komersial Janakuasa Solar Fotovotaik Berskala Besar 10.95 MW di bawah skim projek Solar Skala Besar 4 (LSS4) di sini, pada Rabu.
'Batu Tengah' lebih bernilai dari Pedra Blanca - Tun Mahathir
Tun Mahathir menyatakan bahawa kawasan batu tengah merupakan anugerah yang bernilai dan berpeluang besar untuk dibangunkan menjadi tarikan pelancong. Beliau menambah, Pulau Batu Puteh yang menjadi milik Singapura hanyalah sekadar rumah lampu, dan jika dibandingkan dengan 'middle rock' yang dilihat lebih memberi keuntungan kepada negara kita sekiranya berjaya dibangunkan. #AWANInews
PM cadangkan Agong pertimbang tahanan rumah terhadap Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau ada menghadap Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim untuk mempertimbangkan cadangan mengenakan hukuman tahanan rumah terhadap Datuk Seri ANwar Ibrahim.
"We are not accepting the decision made by ICJ, but.." - Tun Mahathir
Tun Mahathir memberitahu bahawa pendirian beliau tetap menghormati keputusan yang telah dikeluarkan oleh ICJ terhadap Pulau Batu Puteh walaupun keputusan tersebut tidak menyebelahi pihak kita. Beliau menambah, walaupun kita tidak lagi berada dalam kedudukan sepertimana sebelum ini, namun kepercayaan dari negara lain terhadap kita harus dijaga. #AWANInews
AWANI Ringkas: Lembaga Pengampunan: PM terikat untuk beri kenyataan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengelasan golongan T15 bagi penyasaran RON95 diumum pertengahan 2025 - Rafizi
Pengelasan golongan rakyat khususnya T15 (berpendapatan tinggi) untuk penyasaran subsidi petrol RON95 akan diumumkan pada pertengahan 2025, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Perlis beri Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Perlis bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk kakitangan kontrak.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Titah adendum: PM cadangkan agar Agong pertimbang tahanan rumah terhadap Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
TV dan BVOD, pelaburan strategik untuk kelangsungan jenama
Gabungan televisyen arus perdana (TV) dan perkhidmatan video atas permintaan penyiar (BVOD) muncul sebagai strategi utama.
SPRM akan pastikan rumah mampu milik Perak hanya untuk yang paling layak
Kawasan 226 ekar di Simpang Pulai akan dibangunkan sebagai pembangunan rumah mampu milik serta pembangunan bercampur yang berjumlah lebih kurang 2,200 unit.