ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 12 Mei 2026.
1. Tikam 61 kali: Remaja lelaki didakwa bunuh penuntut kolej
Mahkamah menetapkan 2 Julai, untuk sebutan semula kes bagi pengurusan dokumen dan laporan forensik.
2. Siasatan dakwaan anggota polis dalangi rangkaian dadah di Langkawi masih berjalan - KPN
Siasatan masih berada pada peringkat awal dan pihak polis memerlukan masa untuk mengenal pasti individu terlibat.
3. Jambatan Gurney di Pulau Andaman diiktiraf 'Jambatan Box Grider Terlebar di Malaysia'
Jambatan sepanjang 450 meter merentasi laut dan selebar 40 meter itu mempunyai lapan lorong kenderaan serta laluan pejalan kaki khas di kedua-dua sisi.
4. Fathi Na’im bebas kes rogol remaja perempuan 14 tahun di hotel
Hakim memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammad Fathi Na’im Mazlam.
5. Jangan sabotaj KP SPRM yang baharu - Azam Baki
Azam menegaskan bahawa sebarang usaha mensabotaj kepimpinan baharu sama seperti menggugat organisasi sendiri.
6. Kes semikonduktor: Rafizi serah bukti tambahan kepada SPRM secara sukarela Khamis ini
Datuk Seri Rafizi Ramli berhasrat menyerahkan bukti tambahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara sukarela pada Khamis ini.
7. PM arah setiap kementerian selaras inisiatif supaya sampai kepada kumpulan sasar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan setiap kementerian untuk menyelaras semula inisiatif, usaha dan bantuan supaya sampai kepada kumpulan sasaran serta memastikan tiada yang tercicir khususnya golongan miskin dan rentan.
8. UMNO sedia terima bekas pemimpin Bersatu dipecat, digantung sertai 'Rumah Bangsa'
UMNO bersedia menerima mana-mana bekas ahli atau pemimpin Bersatu yang dikenakan tindakan disiplin untuk menyertai perjuangan parti itu, di bawah gagasan Rumah Bangsa, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
9. Chin Tong kesal kenyataan tentang BUDI95 diambil luar konteks
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, pada Selasa menzahirkan rasa kekesalan susulan kekeliruan yang timbul ekoran laporan mengenai dakwaan kerajaan berkemungkinan mengehadkan subsidi petrol BUDI95 kepada 150 liter.
10. Mekanisme subsidi bersasar perlu jelas, elak rakyat keliru status T15 dan T20 – CAKE
Pelaksanaan subsidi bersasar bagi RON95 perlu disertai mekanisme yang lebih jelas dan telus supaya rakyat memahami kaedah pengelasan kumpulan T15 dan T20 serta tidak merasai beban atau terpinggir.