KUALA LUMPUR: Majikan tidak mampu untuk menyerap sebarang kenaikan kos upah dan semakan kenaikan gaji minimum yang akan menjejaskan pemulihan ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).
Presidennya, Datuk Syed Hussain Syed Husman berkata situasi COVID-19 telah menyebabkan penurunan prestasi semua sektor ekonomi dengan ketara yang mengakibatkan ekonomi Malaysia menguncup 5.0 peratus pada 2020.
"Lebih 32,500 syarikat telah menghentikan operasi dengan lebih 107,000 pekerja kehilangan pekerjaan berikutan sekatan pergerakan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan pada 2020 dan 2021.
"Ini menyebabkan kadar pengangguran yang lebih tinggi apabila Ogos 2021 mencatatkan empat peratus," katanya dalam kenyataan hari ini sebagai respons kepada cadangan untuk mengkaji semula gaji minimum sedia ada.
Beliau berkongsi bahawa sebelum pandemik, Malaysia mencatatkan guna tenaga penuh berikutan kadar pengangguran di bawah 4.0 peratus.
Lebih membimbangkan ialah kadar pengangguran mereka yang berumur antara 15 dan 24 tahun kini sebanyak 12 peratus, katanya.
Syed Hussain berkata berdasarkan pelbagai langkah pengurangan kos yang dilaksanakan oleh majikan, gaji median merosot kepada RM1,988 berbanding RM2,442 pada 2019 manakala purata gaji berkurangan kepada RM2,933 pada 2020 berbanding RM3,224 pada 2019, penurunan sebanyak sembilan peratus.
Katanya produktiviti buruh turut mencatatkan negatif 16 peratus pada 2020 berikutan pengurangan jumlah tenaga kerja yang menurunkan nilai tambah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2020.
Beliau berkata sepanjang 2020 dan 2021, kerajaan telah menyediakan sejumlah RM18 bilion dalam bentuk subsidi gaji yang memberi manfaat kepada lebih 300,000 majikan dan 2.4 juta pekerja tetapi walaupun terdapat pelbagai pakej rangsangan, ramai majikan terus menghadapi cabaran untuk kekal mampan.
"Lebih banyak lagi diperlukan dan kami perlu melakukan yang termampu untuk menyokong perniagaan sedia ada dalam tempoh amat kritikal ini. Keutamaan kami ialah perlu menyediakan lebih banyak dana untuk perniagaan yang terpaksa ditutup supaya kami dapat mewujudkan pekerjaan untuk semua mereka yang kehilangan pekerjaan semasa sekatan pergerakan.
"Kami memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk perniagaan dan pekerjaan kembali normal," katanya.
Justeru, beliau berpendapat senario ekonomi semasa yang suram tidak membolehkan sebarang semakan kenaikan terhadap gaji minimum sedia ada terutamanya apabila lebih 98 peratus daripada semua syarikat berdaftar adalah perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perusahaan mikro.
Beliau menegaskan bahawa majikan sektor swasta terutamanya PKS dan perusahaan mikro amat memerlukan lebih banyak sokongan daripada kerajaan untuk membolehkan mereka mengekalkan pekerja sedia ada, sekali gus membantu menstabilkan pasaran buruh dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti dalam tempoh jangka panjang.
"Daripada menaikkan gaji minimum, kami berpendapat usaha perlu dilakukan untuk segera mengawal kos produk dan perkhidmatan yang meningkat.
"Tiada jumlah kenaikan gaji yang dapat menampung kenaikan kos sara hidup jika tiada langkah berkesan dilaksanakan untuk menyelesaikan isu kenaikan kos sara hidup," katanya.
Syed Hussain turut berpandangan bahawa sebahagian besar perniagaan yang masih beroperasi tidak menikmati margin yang sama seperti sebelumnya dan hanya antara 10 dan 15 peratus bagi kebanyakan PKS, yang tidak mencukupi untuk menampung kos overhed.
"Menambah kos perniagaan pada masa ini adalah tidak bijak. Langkah yang lebih baik ialah mengkaji langkah-langkah untuk mengawal kos sara hidup yang secara langsung akan membantu pekerja yang mempunyai pendapatan. Aset majikan yang paling berharga adalah pekerja mereka dan tiada majikan yang mahu melihat pekerja mereka menghadapi kesukaran.
"Produktiviti dan prestasi juga akan bertambah baik apabila semua pihak berasa gembira dan selamat. Majikan akan melakukan yang terbaik untuk memastikan pekerja mereka mempunyai pekerjaan dan persekitaran kerja yang selamat.
"Apa yang paling penting pada masa ini ialah kita perlu mengambil pendekatan yang seimbang dan realistik apabila berkaitan isu gaji," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 23 2021
COVID-19 telah menyebabkan penurunan prestasi semua sektor ekonomi dengan ketara yang mengakibatkan ekonomi Malaysia menguncup 5.0 peratus pada 2020. - Gambar hiasan
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Mongolia naikkan gaji minimum 20 peratus tahun ini
Mongolia menaikkan gaji minimum bulanan sebanyak 20 peratus kepada 660,000 tugrik Mongolia (AS$193) mulai tahun ini.
Gaji minimum kekal, diperkukuh gaji progresif - Rafizi
Pelaksanaan gaji minimum kekal wajib dilaksanakan dan akan diperkasakan dengan gaji progresif.
Gaji minimum tidak patut dijadi rujukan bayar lepasan ijazah - Rafizi
Gaji minimum RM1,500 tidak sepatutnya dijadikan rujukan atau penanda aras oleh majikan untuk membayar upah pekerja lepasan ijazah, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Gaji progresif perlu seiring gaji minimum, pelengkap sistem gaji di Malaysia - Pakar
Isu utama berkaitan gaji di Malaysia adalah majikan cenderung untuk menggunakan gaji minimum sahaja untuk menetapkan gaji pekerja.
Tambah baik PWM, tidak perlu tinggal gaji minimum - MTEM
Kerajaan harus menetapkan matlamat jelas untuk memastikan majoriti pekerja akhirnya mendapat gaji yang melebihi gaji kehidupan wajar.
Cuepacs kemuka cadangan gaji minimum RM1,800 bagi penjawat awam lantikan baharu
Cuepacs telah mengemukakan cadangan mengenai gaji minimum penjawat awam bagi lantikan baharu ditetapkan pada RM1,800 sebulan kepada Anwar.
KKDW berhasrat naikkan gaji minimum lepasan TVET
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000.
Brunei lancar pelan persaraan baharu untuk kesejahteraan negara
SPK dilaksanakan bagi menggantikan skim Kumpulan Wang Amanah Pekerja dan Pencen Sumbangan Tambahan.
BNM, MoF digesa tentukan taraf gaji di bandar - SPCAAM
Gaji minimum RM1,500 tidak cukup untuk menampung keperluan hidup terutama bagi individu yang bekerja di bandar-bandar besar.
Pembayaran gaji minimum RM1,500 mampu tingkat kesejahteraan hidup pekerja
Pembayaran gaji minimum juga mampu meningkatkan kualiti kehidupan pekerja seperti mengatasi masalah kualiti makanan.