Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim

TUAN IBRAHIM: Saya menyeru seluruh ahli dan penyokong Pas agar kekal tenang, berdisiplin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parti Islam Semalaysia (Pas) digesa bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi oleh pihak seterunya ditengah-tengah kemelut politik yang berlaku di Perlis hari ini.
Ringkasan AI
- Pas digesa bertenang dan tidak terpengaruh dengan provokasi pihak seteru di tengah kemelut politik Perlis.
- Tuan Ibrahim menyeru Pas agar kekal tenang, teguh prinsip, serta tidak terpengaruh dengan provokasi yang menguntungkan pihak lawan.
- Beliau menegaskan keperluan tindakan tegas oleh Bersatu terhadap lima ADUN yang dicurigai mencetuskan ketidakharmonian di Perlis.
Pada masa sama, Tuan Ibrahim mengulangi gesaan kepimpinan Pas agar Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil tindakan tegas terhadap lima ADUN mereka yang terlibat.
Tindakan menandatangani akuan bersumpah (SD) oleh lima ADUN itu didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni di Perlis.
“Tindakan sedemikian penting sebagai tanda hormat kepada rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya.
Beliau turut membangkitkan mengenai tindakan Bersatu memecat ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Naim pada 12 Jun 2024 kerana menyokong pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Berbanding dengan Nenggiri, apa yang berlaku di Perlis jauh lebih serius. Ia memberi kesan langsung kepada keituhan kerajaan PN,” katanya lagi.
Hari ini, ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli mengesahkan bahawa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perlis secara sukarela.
Semalam, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan keahlian tiga ADUN Perlis iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji) terhenti berkuat kuasa serta-merta.
Tindakan itu dipercayai susulan pergolakan dihadapi kerajaan Perlis selepas tercetusnya usaha menjatuhkan kepimpinan Shukri.
Sebelum ini media melaporkan lima ADUN Bersatu dan tiga ADUN PAS telah menyerahkan SD kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Shukri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


