awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Semikonduktor: Malaysia perkukuh kedudukan, sasar jadi ‘The Indispensable Middle’

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
24/07/2025
13:26 MYT
Semikonduktor: Malaysia perkukuh kedudukan, sasar jadi ‘The Indispensable Middle’
Anwar turut mengumumkan tiga fokus untuk memperkukuh pelaksanaan NSS, antaranya penyediaan modal pemangkin lebih RM2 bilion dalam bentuk modal padanan dan dana pembangunan daripada GLIC. - Bernama
PETALING JAYA: Malaysia menetapkan hala tuju lebih agresif dalam usaha menjadikan negara sebagai peneraju industri semikonduktor serantau dengan memperkukuh ekosistem domestik, membangunkan bakat tempatan dan mengukuhkan kerjasama serantau menerusi Strategi Semikonduktor Negara (NSS).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setahun selepas pelancaran NSS, Malaysia telah berjaya menarik lebih RM63 bilion pelaburan, termasuk RM5 bilion pelaburan domestik dan RM58 bilion pelaburan asing, sekali gus membuktikan kesungguhan negara mengukuhkan kedudukannya dalam rantaian bekalan global.
Antara pelabur utama termasuk Carsem, NXP, Infineon, Syntiant dan Plexus yang melabur dalam teknologi seperti pembungkusan canggih, semikonduktor kuasa silikon karbida dan papan litar bercetak.
“Malaysia mesti membina kekuatan tempatan untuk menyumbang kepada matlamat serantau dan global. Kita mahu menjadi 'The Indispensable Middle', rakan dagang yang dipercayai, menghubungkan ASEAN dengan dunia,” katanya dalam ucaptama di Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025, pada Khamis.
Sebagai langkah utama di bawah NSS, kerajaan menyasarkan membina 10 syarikat semikonduktor tempatan dengan pendapatan antara RM1 bilion hingga RM4.7 bilion serta membangunkan 100 lagi syarikat untuk mencapai tahap RM1 bilion.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 13 syarikat tempatan termasuk Carsem, ViTrox, Inari, Pentamaster dan SkyeChip muncul sebagai calon juara nasional dengan pendapatan mencecah RM500 juta dan pertumbuhan melebihi 25 peratus setahun.
Dalam usaha menangani kekurangan jurutera berkemahiran tinggi, kerajaan memperuntukkan RM1.2 bilion bagi melatih 60,000 jurutera dari 2025 hingga 2030 melalui kerjasama antara Penyelidikan Kolaboratif dalam Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (CREST) dan HRD Corp.
Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan tiga fokus untuk memperkukuh pelaksanaan NSS, antaranya penyediaan modal pemangkin lebih RM2 bilion dalam bentuk modal padanan dan dana pembangunan daripada GLIC seperti Khazanah, KWAP dan Bank Negara bagi menyokong pertumbuhan syarikat tempatan.
“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia akan menerajui usaha memperkukuh kerjasama serantau dan menjadikan ASEAN sebagai hab semikonduktor yang berdaya tahan serta kompetitif di peringkat global,” katanya.
Tambah beliau, kerajaan juga akan memperkukuh pembangunan bakat menerusi inisiatif CRESTHRD Corp, serta memperhebat penyelidikan dan pembangunan (R&D) melalui kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan akademia.
Selain itu, kolaborasi antara kerajaan, industri dan akademia akan dipertingkat bagi membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memperkukuh penyelidikan teknologi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#semikonduktor
#perdagangan
#CIP
#kerjasama serantau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan