awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen anjur sesi pendengaran Perjanjian Malaysia-AS pada 12 Nov

Bernama
Bernama
28/10/2025
10:44 MYT
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen anjur sesi pendengaran Perjanjian Malaysia-AS pada 12 Nov
Sesi ini bertujuan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan dan pakar, termasuk MITI, Kedutaan AS dan ahli ekonomi, berhubung kesan ART terhadap komitmen perdagangan Malaysia. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa akan mengadakan sesi pendengaran bagi meneliti Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) yang baharu dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) pada 12 November ini.

Ringkasan AI
  • Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen akan adakan sesi pendengaran pada 12 November untuk meneliti Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat.
  • Sesi ini bertujuan mendapatkan penjelasan daripada kerajaan dan pakar, termasuk MITI, Kedutaan AS dan ahli ekonomi, berhubung kesan ART terhadap komitmen perdagangan Malaysia.
  • Parlimen tidak mengundi perjanjian perdagangan tetapi bertanggungjawab memastikan kebertanggungjawaban dasar, serta memberi cadangan kepada kerajaan selepas sesi pendengaran selesai.

Pengerusinya, Wong Chen (PH-Subang) berkata sesi pendengaran khas itu bertujuan mendapatkan penjelasan dan penerangan daripada kerajaan berhubung ART baru-baru ini dengan AS, khususnya dalam konteks komitmen Malaysia di bawah perjanjian perdagangan pelbagai hala.
Beliau berkata Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk mengundi dalam perjanjian perdagangan, tetapi ia mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kebertanggungjawaban kerajaan ketika membuat sebarang keputusan mengenai dasar.
"Kami bercadang menjemput Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Kedutaan Amerika Syarikat dan ahli ekonomi terkemuka serta wakil daripada dewan perdagangan untuk memberikan pandangan mereka dan juga menjawab soalan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Menurut Wong, jawatankuasa itu kemudiannya akan menyampaikan maklum balasnya dan menyediakan cadangan kepada kerajaan sebaik sahaja sesi pendengaran itu selesai.
"Saya berpendapat ia sangat penting (untuk mengadakan sesi pendengaran) kerana kita perlu mengetahui dengan jelas kerana ia akan memberi kesan kepada perdagangan kita dengan negara lain, seperti China khususnya.
"Secara adilnya, kita tidak membuat penilaian. Biarlah kita serahkan kepada pakar untuk memberi penerangan pada 12 November, dan cadangan yang kita buat akan memberi memberi peluang kepada kerajaan untuk membuat pindaan jika ia diperlukan, dan jika Amerika Syarikat bersetuju," tambahnya.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Hubungan Antarabangsa dan Perdagangan Antarabangsa terdiri daripada 12 ahli Parlimen yang mewakili blok kerajaan dan pembangkang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
#meneliti Perjanjian Perdagangan Timbal Balas
#perjanjian Malaysia Amerika Syarikat
#Wong Chen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan