KUALA LUMPUR: Semua memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara syarikat Malaysia dan China baru-baru ini akan dinilai secara telus dan komprehensif oleh Jawatankuasa Penilaian MoU yang dianggotai oleh beberapa kementerian serta agensi berkaitan pelaburan.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementerian yang terlibat iaitu Kementerian Kewangan (MoF) akan mengesahkan syarikat tersebut tidak disenarai hitam di bawah MoF, manakala Kementerian Luar akan meneliti implikasi MoU terhadap dasar luar negara Malaysia.
Beliau berkata MITI pula akan menganalisa kekuatan kewangan syarikat tempatan yang terlibat dengan MoU.
Menurutnya agensi berkaitan pelaburan seperti Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengambil kira impak atau faedah yang akan diperoleh melalui MoU terhadap aspek perdagangan negara.
"Dalam proses penilaian MoU, terdapat beberapa MoU telah ditolak oleh Jawatankuasa Penilaian MoU disebabkan tidak memenuhi kriteria MoU dan tidak membawa faedah ekonomi yang signifikan kepada negara," katanya dalam akaun media sosial miliknya hari ini.
Tengku Zafrul berkata demikian susulan dakwaan Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani di Dewan Rakyat bahawa terdapat beberapa syarikat yang menandatangani MoU dengan syarikat China hasil lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu baru-baru ini, tidak mempunyai rekod prestasi dan sama ada MITI atau Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melakukan proses tapisan terhadap syarikat-syarikat tersebut.
Tengku Zafrul berkata bukan semua komitmen pelaburan sebanyak RM170 bilion adalah daripada MoU.
Menurutnya ia terbahagi kepada dua komponen iaitu RM100.33 bilion komitmen pelaburan daripada syarikat terkemuka China semasa sesi meja bulat yang dipengerusikan oleh Anwar.
Beliau berkata komponen kedua adalah RM69.74 bilion iaitu komitmen pelaburan dan kerjasama ekonomi melibatkan 19 MoU perniagaan kepada perniagaan antara syarikat Malaysia dan China.
Tengku Zafrul berkata MoU yang telah dimeterai adalah transaksi perniagaan kepada perniagaan, justeru beliau berkata penilaian secara komprehensif perlu dilaksanakan.
"Ini kerjasama dengan syarikat asing dengan nilai projek yang mencecah bilion ringgit. Penilaian mesti dilakukan kerana kalau urusan perniagaan tersebut tidak jadi, yang rugi nanti syarikat kita, bukan kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 24 2023
Beliau berkata selain penilaian Jawatankuasa Penilaian MoU, MITI pula akan menganalisa kekuatan kewangan syarikat tempatan yang terlibat dengan MoU. - Fail/Bernama
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kerjasama TNB, Siemens Energy pemangkin teroka teknologi guna hidrogen hijau - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul juga menyifatkan langkah itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR).
MC13 WTO: Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama, mampan
Malaysia kekal komited kepada rangkaian perdagangan global yang lebih saksama dan mampan.
Dua misi ke Jepun bawa pulang hampir RM30 bilion - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata kedua-dua misi ke negara matahari terbit itu telah memperoleh potensi pelaburan berjumlah RM29.6 bilion dan RM2.8 bilion potensi eksport tahun ini.
Prestasi pelaburan Malaysia lebih baik - Tengku Zafrul
Bagi 2024, MITI sasar peningkatan pelaburan 5%, dengan menyasarkan destinasi pelaburan eksport baharu seperti Afrika dan Amerika Selatan.
Kerajaan umum cara mohon rebat RM2,400 bagi motosikal elektrik 8 Dis ini
Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik.
Kadar pelaburan direalisasikan cecah hampir 80 peratus - Tengku Zafrul
Bagi tempoh sama, jumlah pelaburan diluluskan bernilai RM753.9 bilion bagi sektor perkilangan dan perkhidmatan di bawah seliaan MIDA.
Tengku Zafrul teruja bakal terajui BAM
Tengku Zafrul berasa rendah diri diberi kepercayaan untuk menerajui Persatuan Badminton Malaysia sebagai presiden baharu mulai awal tahun depan.
MITI akan tubuh jawatankuasa percepat pelaksanaan komitmen FDI, DDI
Tengku Zafrul berkata, JTPPP akan melapor secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri.
MITI optimis capai sasaran RM63 bilion eksport halal menjelang 2025 - Tengku Zafrul
MITI kekal optimis dalam mencapai sasaran eksport halal Malaysia sebanyak RM63 bilion menjelang 2025 berdasarkan pencapaian memberangsangkan berjumlah RM60 bilion tahun lepas.
NIMP 2030 laluan kepada peningkatan selanjutnya perindustrian Malaysia - Tengku Zafrul
Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) menyasarkan untuk membentuk sektor pembuatan yang kukuh dan berdaya tahan, menawarkan manfaat menyeluruh kepada pelbagai pihak berkepentingan.