Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS

Mohd Afzanizam berkata pasaran dalam mod mengelak risiko dengan harga emas mencecah paras tertinggi baharu manakala hasil Perbendaharaan AS pula merosot. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), didorong oleh jangkaan bahawa negara maju itu akan menurunkan kadar faedah selain sentimen mengelak risiko di peringkat global.
Ringkasan AI
- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada permulaan urus niaga Jumaat, dipacu oleh jangkaan Fed menurunkan kadar faedah dan sentimen elak risiko global.
- Indeks Dolar AS susut 0.46% manakala harga emas naik, dipengaruhi oleh penutupan kerajaan AS yang melambatkan data ekonomi penting untuk dasar monetari.
- Ringgit juga mengukuh berbanding mata wang ASEAN dan pound Britain, namun susut sedikit berbanding euro dan yen Jepun.
"Perkembangan ini dipengaruhi oleh penutupan kerajaan AS yang masih berlanjutan dan melewatkan pengumuman data-data ekonomi penting yang diperlukan bagi membuat keputusan dasar monetari," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Indeks Dolar AS susut 0.46 peratus kepada 98.336 yang hanya menambah tekanan terhadap mata wang negara maju itu.
"Ringgit berkemungkinan terus mencatat pengukuhan susulan jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) menurunkan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada akhir bulan ini.
"Selain itu, isu melibatkan institusi kewangan dan pihak penyedia pinjaman di AS turut mendapat perhatian dari segi perkembangnya serta kesan ke atas pasaran kredit. Berita seperti ini akan hanya memberi tekanan negatif kepada dolar AS," katanya.
Di peringkat tempatan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali pound Britain yang menyaksikannya mengukuh kepada 5.6663/6898 daripada 5.6792/6826, semalam.
Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9306/9511 daripada 4.9284/9313 dan rendah berbanding yen Jepun kepada 2.8073/8191 daripada 2.7943/7961.
Selain itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ini termasuk mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2601/2739 daripada 3.2630/2651 sebelum ini, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 254.2/255.4 daripada 254.9/255.2, meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.25/7.28 daripada 7.27/7.28 dan tinggi berbanding baht Thailand kepada 12.9623/13.0229 daripada 12.9933/13.0151, semalam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami