KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd dan anak-anak syarikatnya telah mengenal pasti beberapa aset untuk dijual segera bagi menjana aliran tunai yang diperlukan untuk menyelesaikan liabiliti syarikat.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.
Mesyuarat itu diadakan bagi mempertimbangkan dan jika didapati sesuai, meluluskan skim pengaturan untuk dicadangkan antara syarikat dan pemiutangnya bagi menstrukturkan semula obligasi hutang syarikat dan anak-anak syarikat, menurutnya.
"Lembaga pengarah syarikat berpandangan permohonan skim itu adalah demi kepentingan Serba Dinamik dan pemiutangnya memandangkan skim pengaturan yang dicadangkan itu mengusulkan pulangan 100 peratus kepada pemiutang syarikat.
Pendengaran bagi permohonan skim itu telah ditetapkan pada 19 Mei, 2022.
Syarikat akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat perkembangan penting mengenai perkara tersebut.
Menurut syarikat perkhidmatan kejuruteraan itu, sejak Mei 2022 ia telah menghadapi beberapa peristiwa yang menjejaskan aliran tunai Serba Dinamik Group ekoran persekitaran pandemik COVID-19 yang amat melambatkan tempoh pembayaran oleh pelanggan serta kemajuan projek-projek yang dijalankan oleh Serba Dinamik Group.
Ini telah menyebabkan paras inventori tinggi dan kelambatan penukaran inventori kepada tunai dan setara tunai, mengakibatkan kutipan menjadi perlahan, tambahnya.
Pada 13 Mei, 2022 syarikat perkhidmatan kejuruteraan ini telah memfailkan permohonan mengikut Seksyen 366 Akta Syarikat 2016 untuk mendapatkan kebenaran bagi mengadakan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutang dan untuk perintah sekatan diberikan ke atas anak-anak syarikat Serba Dinamik.
Datuk Abdul Kadier Sahib, sebagai pemegang saham syarikat, telah memfailkan permohonan yang sama mengikut Seksyen 366 Akta Syarikat 2016 untuk mendapatkan kebenaran untuk syarikat itu mengadakan mesyuarat diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya secara kolektif.
Pada penutupan dagangan Bursa Malaysia semalam, harga saham Serba Dinamik susut setengah sen kepada 16 sen dengan 215.78 juta saham bertukar tangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022

Pada penutupan dagangan Bursa Malaysia semalam, harga saham Serba Dinamik susut setengah sen kepada 16 sen dengan 215.78 juta saham bertukar tangan. - Gambar hiasan

Penurunan Kuasa | Kukuhkan Persekutuan, Sabah dan Sarawak
Penurunan kuasa Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak adalah tindakan terbaik yang perlu difikirkan kerajaan untuk mengukuhkan Malaysia. Perjuangan pemimpin di Sarawak misalnya dalam mengembalikan hak negeri itu melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menggambarkan kesan positif atas kestabilan politik dan kehidupan rakyat negeri itu.

BAM terus kerja keras lahirkan jaguh perseorangan lelaki
Barisan kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sentiasa bekerja keras untuk melahirkan jaguh perseorangan lelaki negara seterusnya, yang mampu memberi cabaran di peringkat antarabangsa.

Zon Halal | Usahawan perlu peroleh pengiktirafan sijil
Majlis Amanah Rakyat (MARA) Sarawak kini komited untuk menjadikan Bazar MARA Sarikei sebagai lokasi perniagaan berstatus zon halal. Menurut Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Zulfikri Osman, komitmen tersebut dizahirkan dengan mensyaratkan usahawan premis makanan di bazar itu memperoleh pengiktirafan sijil halal.

Bekalan Air | Peniaga Pasar Karamunting lega sudah ada
Derita peniaga dan pengunjung di Pasar Karamunting, Sandakan, berakhir apabila masalah air yang dihadapi berbulan lamanya dapat perhatian pihak berwajib.

Kenaikan Harga Barang | Sarawak teliti situasi sebelum umum inisiatif
Kerajaan negeri Sarawak perlu meneliti data dan situasi kenaikan harga barang sebelum inisiatif tertentu dilaksanakan di peringkat negeri. Bagaimanapun tegas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, masalah yang dihadapi seluruh dunia itu tidak mempunyai penyelesaian secara langsung dan bantuan yang diberi hanya untuk meringankan beban sementara.

Deepavali | Sarawak minta AGC teliti pewartaan cuti umum
Sarawak akan mencari cara untuk mewartakan perayaan Deepavali sebagai cuti umum meskipun kalendar negeri sudah kehabisan kuota. Jelas Abang Johari, pihaknya sedang meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti perkara itu.

Politik | Rakyat Sabah perlu bijak pilih pemimpin
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mahu rakyat Sabah memilih kerajaan yang menjaga kebajikan serta meringankan beban rakyat dalam pilihan raya akan datang. Menurut Shafie, ia berikutan keadaan negara yang berdepan pelbagai masalah di bawah pemerintahan kerajaan Persekutuan ketika ini.

Tangani Banjir | Bina terusan di Bukit Assek
Menurut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg cadangan membina terusan bagi tangani isu banjir di kawasan Bukit Assek, Sibu, telah pun diusulkan sebagai sebahagian daripada pelan pembangunan dan akan dilaksanakan tidak lama lagi. Langkah itu juga mampu menjadikan tarikan pelancongan baharu di Sibu seperti Kota Amsterdam, Belanda.

Rundingan GRS | Serahkan sepenuhnya kepada BN Sabah
Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) menyerahkan sepenuhnya kepada BN sabah untuk menjalankan rundingan kerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun sebarang runding perlu dibuat berhati-hati.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Dakwaan Ahmad Zahid terhadap MPN bersifat muslihat politik, kata Muhyiddin.

Serba Dinamik peroleh pembaharuan lesen setahun daripada Petronas
Pembaharuan itu, berkuat kuasa 30 Mei 2022, adalah untuk tempoh setahun.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

Tindakan kompaun Serba Dinamik, 4 pengurusan tertinggi sesuai, wajar - Peguam Negara
Keputusan mengkompaun kesalahan SDHB adalah merupakan satu bentuk hukuman yang memadai untuk kesalahan yang dikatakan telah berlaku setelah mengambil kira hal keadaan kes terbabit.

Mahkamah lepas, bebaskan Serba Dinamik, pengurusan tertinggi
Serba Dinamik Holdings Berhad, pengurusan tertingginya dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Serba Dinamik, eksekutif tertinggi selesaikan sepenuhnya kompaun RM16 juta
Pembayaran dibuat pada 9 Mei, sebelum tarikh akhir lanjutan pada 11 Mei, 2022.

Serba Dinamik akan mohon kebenaran Mahkamah Tinggi bagi penyelesaian obligasi pembayaran
Menurut SDHB, langkah tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima pertanyaan daripada pihak pemberi pinjaman dan rakan kongsi perdagangan berkaitan petisyen pembubarannya dan kumpulan syarikat.

Saham Serba Dinamik menjunam lagi, jatuh lebih 40 peratus
Tekanan jualan ke atas Serba Dinamik Holdings Bhd berterusan pada Selasa (10 Mei), dengan harga sahamnya jatuh sebanyak 4.5 sen atau 40.91 peratus kepada 6.5 sen.

Kembali diniagakan selepas hampir 7 bulan digantung Bursa Malaysia, saham Serba Dinamik merudum 60 peratus
Saham Serba Dinamik kali terakhir didagangkan pada 35 sen ketika kaunter digantung pada tengah hari 22 Oktober 2021.

Serba Dinamik akan kemuka pelan regularisasi dalam tempoh 8 bulan
Serba Dinamik Holdings Bhd sedang mengkaji untuk merangka pelan bagi melaraskan keadaan kewangannya dan ia perlu mengemukakannya dalam tempoh lapan bulan.

Saham Serba Dinamik diniagakan kembali pada 9 Mei
Penggantungan dalam urus niaga saham-saham Serba Dinamik Holdings Bhd akan ditarik balik mulai 9 pagi pada 9 Mei depan.