awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serba Dinamik dapatkan nasihat undang-undang berkaitan pertuduhan

Bernama
Bernama
31/12/2021
00:00 MYT
Serba Dinamik dapatkan nasihat undang-undang berkaitan pertuduhan
SDHB berkata syarikat dan pegawainya telah mendapatkan nasihat undang-undang berkaitan pertuduhan terhadap mereka.
KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) berkata syarikat dan pegawainya telah mendapatkan nasihat undang-undang berkaitan pertuduhan terhadap mereka.
Dalam jawapannya kepada pertanyaan Bursa Malaysia pada Khamis, syarikat itu berkata pihaknya akan membuat pengumuman lanjut apabila terdapat perkembangan mengenai perkara itu.
Pada 28 Dis dan 29 Dis, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah mendakwa syarikat dan Pengarah Eksekutifnya, Datuk Syed Nazim Syed Faisal, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Azhan Azmi, Naib Presiden Akaun dan Kewangan Muhammad Hafiz Othman serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah di bawah Seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA).
Mereka didakwa mengemukakan pernyataan palsu dalam laporan suku tahun SDHB mengenai keputusan disatukan bagi suku tahun dan tahun berakhir 31 Dis 2020.
Syarikat dan pegawainya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Pada 29 Dis, SC mendakwa Muhammad Hafiz Othman di bawah Seksyen 368 (1)(b)(i) CMSA kerana mengarahkan penyediaan dokumen palsu berkaitan jualan Serba Dinamik Sdn Bhd.
Dia kemudiannya mengaku tidak bersalah.
"Syarikat ingin menjelaskan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulannya Mohd Abdul Karim dan peguam bela beliau berkomunikasi secara langsung dengan SC pada 28 Dis," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Serba Dinamik
#nasihat undang-undang
#Pertuduhan
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan