awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shamsul Azhar letak jawatan Petronas Gas pada 1 Januari 2017

Bernama
Bernama
09/12/2016
13:27 MYT
Shamsul Azhar letak jawatan Petronas Gas pada 1 Januari 2017
Pengerusi Petronas Gas Bhd Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, 64, akan meletak jawatan daripada syarikat itu pada 1 Jan, 2017. - Gambar fail
Pengerusi Petronas Gas Bhd Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, 64, akan meletak jawatan daripada syarikat itu pada 1 Jan, 2017, selepas menerajui syarikat tersebut selama setahun, demikian pengumuman syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.
Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Huluan) Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Datuk Anuar Taib, 48, akan menggantikan Shamsul yang telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan disebabkan kekangan masa berikutan beliau pada masa ini menduduki lembaga pengarah beberapa syarikat Malaysia dan luar negara.
Anuar, menyertai Petronas pada 2012 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan dan Pengeluaran Petronas sebelum kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Huluan (Malaysia) Petronas.
Petronas Gas turut mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Datuk N. Sadasivan Pillay, 75, berkuat kuasa 1 Jan, 2017.
Bekas Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (1984-1995) telah menyatakan hasrat untuk meletak jawatan selepas menjadi pengarah syarikat selama lebih 20 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Huluan
#Pengerusi Petronas Gas Bhd
#Tan Sri Shamsul Azhar Abbas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan