awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan ke atas akaun 1MDB sudah bermula - Ketua Audit Negara

Melissa Ong
Melissa Ong
10/03/2015
10:18 MYT
Siasatan ke atas akaun 1MDB sudah bermula - Ketua Audit Negara
Jabatan Audit Negara telah memulakan operasi penyiasatan akaun 1MDB.- Gambar Fail
Jabatan Audit Negara sudah memulakan proses pengauditan terhadap syarikat dana pelaburan strategik milik kerajaan 1 Malaysia Development Berhad, 1MDB.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata pihaknya akan mengumpulkan segala maklumat yang diperlukan termasuk memanggil beberapa pihak berkaitan untuk membantu melengkapkan laporan audit.
Ambrin bagaimanapun, tidak memberi tempoh masa laporan audit pertama akan siap. Namun memberi jaminan, Jabatan Audit Negara akan mempercepatkan proses penyiasatan secepat mungkin kerana isu itu menjadi tumpuan masyarakat.
“Saya tidak boleh memberi secara spesifik bilakah kita boleh mengeluarkan laporan sebab kita masih dalam proses pengauditan dan proses ini memerlukan masa untuk menyemak pelbagai dokumen yang perlu kita dapatkan pada beberapa pihak,” kata Ambrin.
Ambrin turut memaklumkan bahawa beliau telah bertemu dengan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda.
Pada sidang media siang tadi, Ambrin turut menegaskan akan meneliti segala laporan yang didedahkan oleh pemberi maklumat secara terperinci.
Pada Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengarahkan Ketua Audit Negara mengesahkan secara bebas akaun 1MDB.
Perdana menteri berkata laporan Ketua Audit Negara akan kemudiannya diserahkan untuk pemeriksaan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, PAC yang bersifat dwi-partisan sepenuhnya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Jabatan Audit Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan