KUALA LUMPUR:Sime Darby Plantation Bhd kembali meraih keuntungan pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2020 (Q3 2020) selepas mencatatkan keuntungan bersih RM190 juta berbanding kerugian bersih RM243 juta pada suku ketiga 2019.
Hasil melonjak kepada RM3.18 bilion daripada RM2.82 bilion sebelumnya, didorong oleh harga minyak sawit (MSM) dan isirong sawit yang tinggi, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Kumpulan Mohamad Helmy Othman Basha berkata walaupun berhadapan dengan cabaran ekoran pandemik yang melanda pasaran global, harga MSM terus disokong pada separuh kedua tahun ini sementara permintaan minyak sawit semakin baik dan dijangka terus berkembang pada 2021.
Beliau berkata sebagai sektor yang menyediakan produk penting kepada dunia, industri ini telah menunjukkan daya ketahanan di tengah ketidakpastian global.
“Dalam keadaan mencabar ini, kami menyarankan lebih ramai rakyat Malaysia yang menganggur untuk merebut peluang pekerjaan yang tersedia dalam industri minyak sawit hari ini.
“Sebagai langkah untuk mengatasi kekurangan tenaga kerja pada masa ini, kami juga berharap kerajaan akan meneruskan usaha mengurangkan sekatan ke atas tenaga kerja asing sementara kumpulan ini akan terus meningkatkan usaha mekanisasi dan digitalisasi bagi menambah produktiviti dan mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh dalam tempoh sederhana hingga panjang,” kata beliau.
Bergerak ke hadapan, Mohamad Helmy berkata prestasi kewangan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 dijangka lebih baik daripada tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 26 2020

Sebagai sektor yang menyediakan produk penting kepada dunia, industri ini telah menunjukkan daya ketahanan di tengah ketidakpastian global. - Gambar fail

May Day For Justice - Tribut buat Tun Salleh Abas
Bagi Tun Salleh Abas, kisah pemecatan sebagai Ketua Hakim Negara daripada pandangan dan kaca mata adalah satu titik hitam dalam kehidupannya.

Prosedur Operasi Standard (SOP) sambutan Tahun Baru Cina di Sarawak
Berikut merupakan SOP yang digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak untuk sambutan Tahun Baru Cina di seluruh negeri itu.

PKP 2.0 | Inisiatif peniaga turunkan harga ikan
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di tujuh negeri, sedikit sebanyak memberi kesan kepada sektor perniagaan dan pemborongan bekalan bahan mentah. Laporannya bersama wartawan Fareez Azman di Sungai Buloh.

Vaksin | Norway beri amaran, pesakit berusia lebih 80 tahun berisiko
Norway melaporkan terdapat individu warga emas berusia lebih 80 tahun yang meninggal dunia selepas mengambil suntikan vaksin COVID-19 buatan Pfizer dan BioNTech. Datuk Dr Zainal Ariffin Omar mengulas lanjut berkait persediaan yang perlu dilakukan Malaysia sebelum program imunisasi COVID-19 ini bermula.

Perdana Menteri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Salleh Abas
Perdana Menteri berkata, Allahyarham telah memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman sewaktu menjadi Ketua Hakim Negara

Gempa Sulawesi: 45 maut, ratusan lagi cedera
Pasukan penyelamat hari ini mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang dikhuatiri tertimbus.

AWANI Pagi | Semakin diterima pelajar, mudah dimuat turun
Beradaptasi kepada arus pemodenan teknologi, buku teks dahulu secara fizikal kini boleh didapati dalam bentuk elektronik iaitu e-textbook. Bagi perbadanan kota buku, ia semakin diterima pelajar mahupun guru apabila lebih 350 ribu judul buku dimuat turun dalam tempoh satu hari ia dilancarkan.

E-textbook | Murid berkeperluan khas perlu pendekatan berbeza
Kerajaan begitu juga dengan penyedia platform boleh duduk semeja untuk memastikan buku teks secara elektronik atau e-textbook ini turut mesra kepada murid berkeperluan khas. Jelas yang Dipertua Mimbar, Datin Seri Ismalina Ismail, pelbagai jenis murid keperluan khas yang menuntut pelbagai pendekatan berbeza.

Peniaga | Pohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja
Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis berhampiran. Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat pihaknya boleh mengeluarkan surat kebenaran perjalanan bertarikh dari awal hingga berakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini hingga 26 Jan.

COVID-19: Dua peserta Terbuka Australia diasingkan
Kira-kira 1,200 pemain dan kakitangan tiba di Melbourne menjelang Grand Slam Terbuka Australia, bermula 8 Februari depan.

RSPO mulakan siasatan dakwaan buruh paksa CBP terhadap Sime Darby Plantation
RSPO menggesa CBP berkongsi maklumat dengannya yang akan membolehkan ia menyiasat perkara itu.

Kerajaan kesal AS sekali lagi sekat kemasukan minyak sawit Malaysia
Kerajaan kesal dengan tindakan Amerika Syarikat yang sekali lagi menyekat kemasukan minyak sawit Malaysia ke negara itu.

Sekatan sawit tidak jejas harga minyak sawit mentah
David bagaimanapun mengakui sekatan berkenaan memberikan kesan namun tidak seteruk yang disangka.

Budaya berbeza punca AS sekat produk sawit Malaysia - Ketua Pengarah MPOB
Menurutnya definisi buruh paksa yang ditakrifkan Amerika Syarikat mungkin berbeza dengan Malaysia sekaligus mencetuskan salah faham.

Saham Sime Darby Plantation susut 2.13 peratus berikutan sekatan oleh AS
Sehingga 9.56 pagi, Sime Darby Plantation susut 11 sen kepada RM5.06, dengan 70,400 saham diniagakan.

CBP Amerika Syarikat kenakan larangan produk sawit Sime Darby
CBP AS mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk lain yang dikeluarkan Sime Darby Plantation Bhd.

KPWKM sasar hantar bantuan 10,000 kotak barangan keperluan asas ke Sabah
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan 10,000 barangan keperluan asas untuk diterbangkan ke Sabah khusus bagi mereka yang terkesan akibat COVID-19.

Sime Darby Plantation kembali raih keuntungan pada suku ketiga 2020
Hasil melonjak kepada RM3.18 bilion daripada RM2.82 bilion sebelumnya, didorong oleh harga minyak sawit (MSM) dan isirong sawit yang tinggi kata syarikat dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Felda berhasrat ambil semula 350,000 hektar tanah daripada FGV
Langkah itu adalah sebahagian daripada pelan transformasi Felda bagi mewujudkan model perniagaan yang berdaya saing dan mampan.

Bursa Malaysia ditutup rendah, pasaran menyaksikan prestasi bercampur-campur
Bursa Malaysia memulakan suku akhir tahun dengan nota yang lebih rendah, selepas FBM KLCI menyusut 0.53 peratus pada penutup di tengah-tengah pasaran yang merekodkan prestasi bercampur.