KUALA LUMPUR: Malaysia Airports telah memulakan latihan penggantian Automated People Mover (APM), yang juga dikenali sebagai sistem Aerotrain yang telah beroperasi selama 23 sejak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dibuka.
Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sistem Aerotrain berkenaan sering menghadapi gangguan perkhidmatan, menyumbang kepada ketidakcekapan operasi yang mengakibatkan penumpang terpaksa menggunakan perkhidmatan bas alternatif.
"Ia tidak lagi boleh dilaksanakan untuk mengekalkan Aerotrain semasa. Aset lama lebih mudah rosak dan ini akan menyusahkan penumpang.
"Ia juga menggunakan teknologi lama, menjadikannya sukar untuk mendapatkan alat ganti.
"Aerotrain baharu akan dinaik taraf bersama infrastruktur sistem trek, dan ini juga akan menyediakan lapangan terbang dengan kecekapan operasi yang lebih baik.”
“Tidak dinafikan terdapat sedikit kesulitan kepada penumpang dalam tempoh tiga tahun akan datang semasa tempoh naik taraf.
"Sementara kami akan berusaha untuk meminimumkan gangguan perkhidmatan, penumpang akan terus dipindahkan menggunakan perkhidmatan bas yang telah berjalan dengan baik sebagai perkhidmatan alternatif sejak 2017," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, Aerotrain baharu itu antara lain akan dipertingkatkan dari segi keselamatan, keselesaan, penampilan, penggunaan tenaga dan diagnostik.
Katanya, ia juga akan menawarkan fleksibiliti untuk sambungan lancar untuk terminal baharu pada masa hadapan.
"Projek APM baharu ini telah dianugerahkan kepada Pestech Technology Sdn Bhd (Pestech), anak syarikat milik penuh Pestech International Berhad, dan akan bermula pada Mac 2022 dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan.
"Projek ini merangkumi penggantian sistem Aerotrain serta penyelenggaraannya selama 10 tahun sehingga 2034," katanya.
Tambahnya, Pestech akan bekerjasama dengan OEM terkemuka, Bombardier Transportation yang baru-baru ini diambilalih oleh Alstom.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Tue Dec 28 2021
Aerotrain baharu akan dinaik taraf bersama infrastruktur sistem trek, dan ini juga akan menyediakan lapangan terbang dengan kecekapan operasi yang lebih baik. -Dagang News
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Remaja ditahan cuba seludup dadah hampir RM1 juta di KLIA
Cubaan dua rakyat tempatan untuk menyeludup dadah dengan menyembunyikannya dalam kotak makanan dan bungkusan minuman pracampuran gagal apabila dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Perdana Menteri Timor-Leste berlepas pulang selepas lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia
Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmao berlepas pulang hari ini selepas menamatkan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia.
Polis tutup sementara laluan di persimpangan Kiwa
Polis menutup sebahagian laluan di persimpangan lampu isyarat Kiwa kerana ditenggelami air awal pagi ini.
Polis siasat kematian mengejut lelaki warga asing yang sedang dalam tahanan
Polis kini menyiasat punca kematian mengejut seorang lelaki warganegara asing yang sedang dalam tahanan di balai polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini pada Sabtu.
18 pegawai Imigresen KLIA dibuang kerja
Seramai 18 pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam isu integriti dikenakan tindakan buang kerja sejak 2021.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Pegawai Imigresen tidak terlibat insiden warga asing dikasari di KLIA Terminal 1
Jabatan Imigresen Malaysia menjelaskan insiden pengembara warga asing dikasari di Terminal 1 KLIA tidak melibatkan pegawai daripada jabatan berkenaan.
Penggunaan sistem 'autogate' di KLIA tak kompromi keselamatan - Saifuddin
Penggunaan sistem pagar automatik (autogate) di pintu masuk Malaysia yang diperluaskan kepada pengembara dari 63 buah negara tidak kompromi keselamatan.
Isu kesesakan di BSI, KLIA, kontroversi NAFAS antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Menteri Dalam Negeri ditanya mengenai inisiatif dan langkah yang telah dan akan dilaksanakan bagi menangani kesesakan di BSI dan KLIA.