awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem BLESS 2.0 tarik lebih banyak permohonan pelaburan asing - KPDNHEP

Bernama
Bernama
14/04/2022
13:09 MYT
Sistem BLESS 2.0 tarik lebih banyak permohonan pelaburan asing - KPDNHEP
Menurut Nanta, antara tahun 2020 dan 2021, KPDNHEP menerima sebanyak 1,280 permohonan daripada 573 syarikat asing untuk menjalankan perniagaan dalam sektor perdagangan pengedaran di Malaysia. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Prosedur permohonan untuk syarikat asing menjalankan perniagaan di Malaysia telah ditambah baik dengan melaksanakan permohonan secara dalam talian melalui Sistem Sokongan Elektronik Perlesenan Perniagaan (BLESS) 2.0.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata walaupun negara menerima impak penurunan ekonomi kesan pandemik COVID-19, Malaysia tetap menarik pelbagai syarikat asing untuk terus melabur di negara ini.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) terus komited untuk membantu memudahcarakan proses permohonan supaya dapat menarik minat lebih ramai pelaburan asing yang berkualiti untuk membuka perniagaan di Malaysia.
"Permohonan melalui sistem BLESS 2.0 ini dilihat telah mempermudahkan proses permohonan syarikat dan sekali gus menarik minat lebih ramai pelabur asing untuk membuka lebih banyak cawangan perniagaan dalam negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Nanta, antara tahun 2020 dan 2021, KPDNHEP menerima sebanyak 1,280 permohonan daripada 573 syarikat asing untuk menjalankan perniagaan dalam sektor perdagangan pengedaran di Malaysia meliputi peruncitan, pengedaran, makanan dan minuman.
Jumlah kumulatif modal berbayar yang dibawa masuk oleh syarikat asing pada tahun tersebut adalah sebanyak RM11.383 bilion dengan 33,123 peluang pekerjaan telah diwujudkan di dalam pasaran tempatan, katanya.
Bagi sektor perkhidmatan tidak dikawal selia seperti syarikat perunding, ejen logistik, ejen hartanah dan perkhidmatan pembaikan mesin dan peralatan, KPDNHEP telah meluluskan 87 daripada 149 permohonan daripada syarikat asing pada tahun 2020 dan 2021, dengan jumlah keseluruhan modal berbayar yang dibawa masuk syarikat asing pada tahun tersebut adalah RM828.84 juta, katanya.
Sepanjang 2020 dan 2021 juga, KPDNHEP telah meluluskan permohonan syarikat asing daripada 31 negara untuk menjalankan perniagaan dalam sektor perkhidmatan tidak dikawal selia, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BLESS
#syarikat asing
#Malaysia
#perniagaan di Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan