KUALA LUMPUR:Lebih banyak peminjam berupaya menyambung semula bayaran balik pinjaman dalam beberapa bulan kebelakangan ini, meskipun prospek pendapatan dan pekerjaan mereka dijangka terjejas akibat pandemik COVID-19, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Dalam Laporan Semakan Kestabilan Kewangan Separuh Tahun 2020 yang dikeluarkan hari ini, BNM berkata, sebahagian besar daripada mereka terus berdaya tahan, kerana disokong penampan kewangan yang selesa.
Khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan tinggi, dan tahap bayaran balik hutang oleh isi rumah yang secara amnya berhemat.
“Kedudukan sistem kewangan Malaysia yang kukuh pada permulaan krisis ini telah membolehkannya menyokong langkah-langkah bantuan yang besar dan mengekalkan aktiviti pengantaraan bagi membantu isi rumah dan perniagaan mengharungi tempoh yang sangat mencabar ini.
“Khususnya, daya tahan sektor perbankan yang menjadi teras kepada sistem kewangan telah bertindak sebagai penyerap kepada kejutan makroekonomi yang berpunca daripada pandemik dan bukan memburukkan lagi keadaan tersebut,” katanya satu kenyataan.
Menurut laporan itu, kumpulan isi rumah terus mengekalkan pengurusan aset dan pencairan aset kewangan yang selesa, iaitu pada kadar 2.2 kali dan 1.4 kali hutang mereka, susulan inisiatif kerajaan dan tambahan wang tunai.
Dalam pada itu BNM mengambil maklum beberapa kumpulan isi rumah sedang mengalami tekanan kewangan.
Mereka berkata, leveraj isi rumah paling banyak meningkat di kalangan peminjam berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, pada separuh tahun pertama 2020, kerana mereka banyak meminjam untuk membeli rumah pada awal tahun ini.
Untuk golongan peminjam ini, BNM berkata, kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan secara terus sehingga suku tahun pertama 2021, selain penyediaan subsidi gaji, dan program menambah baik skil pekerjaan.
Ini jelas BNM lagi, akan membantu memberi masa depan yang lebih cerah dan terjamin dari segi peluang pekerjaan, kepada golongan isi rumah tersebut.
Dalam pada itu, BNM berkata, tindakan oleh pembuat dasar dan Kerajaan bagi menangani tekanan pasaran juga telah membantu menstabilkan keadaan kewangan.
Hal ini, menurut BNM lagi, disokong oleh penarikan balik sekatan pergerakan secara beransur-ansur dan tanda-tanda pemulihan aktiviti ekonomi global.
“Secara kolektif, keadaan ini telah mengurangkan risiko terhadap kestabilan kewangan domestik. Namun, volatiliti pasaran kewangan dijangka kekal tinggi berikutan wujudnya kebimbangan terhadap penularan semula jangkitan COVID-19,” katanya.
Dalam pada itu, BNM berkata, kedudukan kewangan perniagaan mengalami kemerosotan dalam kebanyakan sektor berikutan berlakunya gangguan terhadap perniagaan dan permintaan yang lemah.
Menurut laporan itu lagi, walaupun perniagaan mulai pulih susulan pelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara beransur-ansur, kadar pemulihan masih tidak sekata.
“Langkah-langkah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan dan bank-bank membantu banyak perniagaan menghadapi keadaan kesukaran kewangan yang bersifat sementara. Walau bagaimanapun, persekitaran kekal mencabar dalam beberapa industri.
“Meskipun kedudukan kewangan dijangka terjejas, penunjuk keupayaan membayar balik hutang syarikat korporat bukan kewangan secara agregat terus melebihi paras ambang kehematan,” menurutnya lagi.
Di bawah ujian tekanan yang telah dikemas kini dan dijalankan oleh BNM, bank-bank dijangka kekal berdaya tahan terhadap potensi kejutan ekonomi dan kewangan yang mungkin timbul akibat pandemik.
Meskipun ekonomi Malaysia dijangka pulih dengan aktiviti perniagaan kembali normal secara beransur-ansur dan permintaan luaran bertambah baik, BNM berpendapat, kadar dan keteguhan pemulihan masih terdedah kepada pelbagai risiko yang berupaya menjejaskan pertumbuhan.
Dalam keadaan ini, BNM berkata, hal yang wajar diberikan keutamaan ialah memelihara penampan kewangan bank yang kukuh untuk terus menyokong isi rumah dan perniagaan, sambil mengurangkan penghindaran risiko yang boleh meningkatkan tekanan dalam ekonomi.
Firdaus Azil
Wed Oct 14 2020
BNM mengambil maklum beberapa kumpulan isi rumah sedang mengalami tekanan kewangan. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
ASEAN tingkatkan bantuan kemanusiaan di Laos dan Myanmar susulan Taufan Yagi
ASEAN menyalurkan bantuan kemanusiaan bernilai US$12,800 dalam bentuk kit perlindungan dan pembaikan bagi menyokong komuniti yang terjejas akibat Taufan Yagi dan banjir di Laos.
PM Thai gesa peralihan kepada ekonomi berasaskan kreativiti
Srettha Thavisin mahu kerajaan supaya tidak bergantung kepada tenaga buruh berkemahiran rendah dan beralih menjadi sebuah negara yang digerakkan kebijaksanaan dan kreativiti rakyat.
Kerajaan terus komited pastikan nilai ringgit terus mengukuh
Kerajaan menegaskan akan terus komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit berada pada tahap lebih baik dan mengukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Kerajaan perlu yakinkan isi rumah turunkan kos sara hidup
Kerajaan harus maklumkan pelbagai usaha telah diambil untuk tingkatkan pendapatan dan turunkan kos sara hidup rakyat.
FAMA sasar buka 14 pasar tani baharu, naik taraf 40 pasar tani sedia ada
Lembaga Pemasaran Pertanian Malaysia (FAMA) menyasarkan untuk membuka 14 pasar tani baharu selain menaik taraf 40 pasar tani sedia ada dengan nilai jualan RM200 juta tahun ini.
Kurang kemudahan infrastruktur cabaran basmi kemiskinan - Prof Suhaiza Zailani
Suhaiza berpendapat, pembangunan infrastruktur yang lengkap mampu menjadi pemangkin kemajuan, terutama di luar bandar.
BKM mula dibayar 28 Mac, ringankan beban rakyat sambut Ramadan - PM
Penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima.
Jabatan Perangkaan lancar Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2022
Survei itu mampu membantu kerajaan terutamanya dalam menganalisis agihan pendapatan dan perbelanjaan isi rumah mengikut domain lebih terperinci.
Golongan B40 di Sarawak dipelawa memohon SRAS
SRAS adalah skim bantuan sewa sebanyak RM200 sebulan selama 36 bulan yang diumumkan Ketua Menteri Sarawak.
Masih banyak bantuan COVID-19 disediakan dan boleh dimohon
Pelbagai pakej rangsangan ekonomi telah diumumkan oleh kerajaan dan institusi untuk mengurangkan impak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).