awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Golongan B40 mudah terdedah isu kesihatan mental – Raja Permaisuri Agong
Op KPDN-SSM: 30 premis di Sri Muda diperiksa, kompaun hampir RM10,000
Lima inisiatif strategik perkasa industri halal, sasar Malaysia sebagai hab halal global - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pesawat mendarat cemas bateri litium terbakar dalam kabin

Agensi
Agensi
19/10/2025
08:30 MYT
Pesawat mendarat cemas bateri litium terbakar dalam kabin
Tangkap layar video tular memaparkan keadaan ketika bateri litium penumpang terbakar dalam kabin. - Gambar/ Sinar Harian/ Agensi
SEBUAH pesawat Air China yang dalam penerbangan dari Hangzhou ke Incheon terpaksa melakukan pendaratan cemas di Shanghai pada Sabtu selepas bateri litium milik seorang penumpang terbakar di dalam kabin.
Menurut laporan South China Morning Post, Air China mengesahkan dalam kenyataan di platform Weibo bahawa insiden itu berlaku pada 18 Oktober, melibatkan penerbangan CA139 dari Hangzhou ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan.
“Bateri litium dalam beg tangan penumpang yang disimpan di ruang simpanan atas kepala tiba-tiba terbakar.
“Kru bertindak pantas mengikut prosedur keselamatan dan tiada penumpang cedera,” katanya.
Susulan kejadian itu, pesawat berkenaan terpaksa melakukan pendaratan tidak berjadual di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, Shanghai bagi memastikan keselamatan semua penumpang.
Pesawat tersebut berlepas dari Hangzhou pada jam 9.47 pagi dan dijadual tiba di Incheon pada 12.20 tengah hari, namun berpatah balik selepas kejadian berlaku.
Rakaman video yang tular menunjukkan beberapa penumpang dan kru kabin cuba memadamkan api yang marak di ruang simpanan atas kepala, manakala kedengaran penumpang lain menjerit meminta bantuan segera.
Menurut portal Shanghai Observer, seorang penumpang mendakwa terdengar letupan kuat sebelum api menyala di ruang berkenaan. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#Air China
#powerbank
#kebakaran dalam pesawat
#bateri litium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan