KUALA LUMPUR:Keadaan di rantau Asia Pasifik (APAC) dijangka lebih baik pada tahun 2021, disokong oleh pemulihan kegiatan ekonomi secara berperingkat berikutan langkah-langkah awal membendung penularan pandemik di beberapa ekonomi Asia, kata Moody's Investors Service.
Dalam satu laporan, Moody's berkata sokongan fiskal dan monetari yang berterusan di kedua-dua pasaran maju dan pesat membangun turut membantu memperbaiki keadaan.
Bagaimanapun, ia maklum langkah sekatan pergerakan semula di beberapa bahagian dunia telah menghentikan pemulihan ekonomi global yang baharu muncul dan menimbulkan ketidakpastian mengenai peningkatan keadaan kredit .
Pegawai Kredit dan Naib Presiden Kanan Kumpulan Moody's Clara Lau berkata trend penarafan bagi syarikat APAC sangat negatif pada tahun 2020, dengan jumlah tindakan penarafan negatif mencapai paras tertinggi 254 berbanding serendah 30 tindakan positif pada tahun ini.
"Trend penarafan negatif agak mereda pada separuh kedua tahun ini, dengan bahagian penarafan dengan implikasi negatif pada 26 peratus akhir 2020 daripada paras tertinggi 29 peratus pada suku kedua 2020, " kata Lau.
Moody's berkata walaupun trend penarafan negatif akan terus mereda pada tahun 2021, keadaan kredit untuk syarikat APAC akan berbeza mengikut sektor dan wilayah/rantau.
Sementara itu Moody's menjangkakan bank-bank pusat kemungkinan mengekalkan kadar faedah pada tahap yang sangat rendah dan terus menyediakan rangsangan fiskal dan monetari, termasuk program pembelian aset dan kemudahan pinjaman untuk bank meningkatkan pinjaman kepada sektor swasta.
- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Moody's menjangkakan bank-bank pusat kemungkinan mengekalkan kadar faedah pada tahap yang sangat rendah dan terus menyediakan rangsangan fiskal dan monetari. - Gambar fail

Guna radio komuniti sampaikan maklumat mengenai vaksin COVID-19
Guna radio komuniti sampaikan maklumat Vaksin COVID-19 kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman atau bukit bukau. Itu saranan Prof Madya Dr Sara Chinnasamy, yang menekankan bahawa kefahaman tentang vaksin COVID-19 perlu dilakukan kepada mereka yang tiada kemudahan capaian internet.

Ini antara SOP bakal dikenakan Arab Saudi kepada jemaah umrah
TH Travel bersedia menghadapi sebarang peraturan dan Prosedur Operasi Standard baharu yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi.

Program Imunisasi | Ismail Sabri, pegawai tertinggi ATM selesai suntikan vaksin COVID-19
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNtech di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Wangsa Maju pagi ini. Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh Vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Vaksin COVID-19 | Joe Biden rai suntikan dos vaksin COVID-19 ke 50 juta
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden meraikan dos ke 50 juta vaksin COVID-19 sejak dia mengangkat sumpah sebagai Presiden di White House. Ia juga susulan menjelang pertemuan dengan Gabenor Negara bagi mempercepatkan pengedaran vaksin ke kawasan yang lebih jauh.

Vaksin COVID-19 | Peniaga Tawau rayu diberi vaksin
Sebahagian peniaga di Tawau, Sabah rayu mereka diberi keutamaan sebagai antara penerima awal vaksin COVID-19. Mereka mendakwa berdepan risiko sama dengan petugas barisan hadapan lain, kerana berurusniaga dengan ratusan pelanggan setiap hari.

COVID-19 | 1 juta telah daftar suntik vaksin – Khairy
Satu juta individu sudah mendaftar untuk menerima vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera. Pendaftaran bagi Program Imunisasi COVID-19 kebangsaan dibuka secara rasmi sejak Rabu.

Fatwa Vaksin | Malaysia rujuk ulama dunia - Menteri Agama
Malaysia sudah mendapatkan pandangan dan penjelasan daripada ulama terkemuka dunia tentang hukum pengambilan vaksin COVID-19. Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin.

Kumpulan sasar ATM diberi suntikan vaksin fasa pertama
Setakat semalam, seramai 230 anggota ATM telah divaksinasi dengan dos pertama dari vaksin jenis Cominarty keluaran Pfizer.

COVID-19: Vaksin Pfizer disimpan dalam suhu sejuk beku biasa
Ini melonggarkan syarat sebelum ini yang mewajibkan vaksin itu disimpan pada suhu ultra-rendah, antara -80 darjah Celsius dan -60 darjah Celsius.

PKPD dikuatkuasakan di Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2, Sibu
JPBB Sibu memutuskan pelaksanaan PKPD di Skim Penempatan Semula Sentosa Fasa 2, di Sibu.

Filem pendek Malaysia ungguli pertandingan antarabangsa Zee REEL
Filem pendek dari Malaysia, Kaki Bangku mengungguli pertandingan filem pendek Tamil antarabangsa Zee REEL anjuran stesen penyiaran global, ZEE Tamil Asia Pasifik.

Situasi di rantau APAC akan lebih baik pada 2021 - Moody's
Sokongan fiskal dan monetari yang berterusan di kedua-dua pasaran maju dan pesat membangun turut membantu memperbaiki keadaan.

COVID-19: Migran di Asia Pasifik berdepan risiko
Migran cenderung dijangkiti virus, tidak mendapat akses rawatan kesihatan dan perkhidmatan penting lain, terkandas tanpa pekerjaan, tiada perlindungan sosial selain berdepan peningkatan xenofobia.

ADB lancar fasiliti vaksin Asia Pasifik bernilai AS$9 bilion
Anggota ADB yang sedang membangun memerlukan pembiayaan untuk mendapatkan vaksin serta pelan dan pengetahuan yang bersesuaian.

Siti Nurhaliza terharu disenarai sebagai selebriti berpengaruh Forbes
Siti Nurhaliza disenaraikan oleh Forbes Asia sebagai antara 100 selebriti paling berpengaruh di media sosial peringkat Asia Pasifik.

Kedatangan pelancong ke Malaysia merosot 78.6 peratus
Malaysia hanya menerima 4.29 juta pelancong dari Januari hingga September berbanding 20.1 juta pada 2019.

APEC: Kukuhkan perjanjian perdagangan bebas, reformasi perdagangan - Penganalis
Apa yang perlu ada dalam perancangan masa depan APEC ialah memperkukuh perjanjian perdagangan bebas mereka sendiri terlebih dahulu.

Ekonomi maju APEC perlu sokong negara yang baharu berjinak-jinak dengan ekonomi digital - PIKOM
Perkongsian 'perniagaan kepada perniagaan' dan 'kerajaan kepada kerajaan' juga perlu dioptimumkan dengan baik untuk memaksimumkan sepenuhnya agenda digital dalam era COVID-19.

APEC lancar Visi Putrajaya 2040
Visi baharu itu menggantikan Matlamat Bogor yang diumumkan pada 1994 dan diguna terima bagi matlamat jangka panjang perdagangan dan pelaburan bebas dan terbuka di rantau ini.

APEC 2020: Deklarasi Kuala Lumpur cerminan aspirasi keanggotaan
Ini seiring dengan usaha Malaysia dalam menjuarai kerangka bahawa ekonomi global yang mengambil kira kemajuan ekonomi melangkaui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).