[TERKINI] Ketua Pengarah, Timbalan KP JAS ditahan SPRM berkaitan isu e-waste
![[TERKINI] Ketua Pengarah, Timbalan KP JAS ditahan SPRM berkaitan isu e-waste [TERKINI] Ketua Pengarah, Timbalan KP JAS ditahan SPRM berkaitan isu e-waste](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/https://img.astroawani.com/2026-01/81769686107_TBSPRM.jpg)
Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan sekitar jam 6.30 petang pada Khamis selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan isu e-waste.
Ringkasan AI
- Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah JAS ditahan oleh SPRM bagi siasatan kes berkaitan isu e-waste.
- Sumber menyatakan siasatan melibatkan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam pengurusan sisa elektronik.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM menegaskan bahawa penahanan dilakukan selaras dengan Akta SPRM 2009 dan tidak akan berkompromi terhadap rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan berkenaan dengan siasatan dilakukan mengikut Akta SPRM 2009.
Tegas beliau, SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan rasuah, tanpa mengira kedudukan atau jawatan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


