SME Bank bakal menyediakan kenaikan gaji antara di antara 5 dan 12 peratus kepada pekerja bukan eksekutif berdasarkan perjanjian kolektif (CA) tahun 2016-2019.
Usaha itu dicapai melalui perjanjian kumulatif bersama Kesatuan Sekerja Komersial Kebangsaan (NUCW) yang ditandatangani hari ini di ibu negara.
Selain itu pekerja dan ahli keluarga turut layak menikmati 38 peratus kenaikan peruntukan bagi rawatan pesakit luar dan kenaikan 20 peratus bagi peruntukan kemasukan hospital di bawah perjanjian itu.
Menurut Ketua Pegawai Operasi, Pengurusan Korporat Kumpulan dan Operasi SME Bank Datuk Razman Mohd Noor, kenaikan gaji itu selari dengan inisiatif kerajaan dalam memberi penekanan terhadap kebajikan dan menambah baik kualiti hidup pekerja secara holistik.
“Melalui perjanjian itu, pekerja bukan eksekutif SME Bank akan menikmati kenaikan gaji pokok dari RM900 menjadi RM1,200 sebulan,” katanya.
Dalam perkembangan berasingan, SME Bank turut berjaya melahirkan 186 ahli perbankan pembangunan pakar sejak pengenalan Program Latihan Graduan (GTP) diperkenalkan pada 2007.
Razman berkata usaha melahirkan ahli perbankan pakar penting memandangkan 98.5 peratus syarikat berdaftar di Malaysia merupakan perusahaan kecil dan sederhana yang memerlukan tunjuk ajar serta khidmat nasihat pegawai bank bertauliah.
Tambahnya, sejumlah 28 pelatih GTP dari kumpulan ke enam berjaya menyempurnakan program dan kini berkhidmat untuk cawangan SME Bank di seluruh Malaysia.
“GTP merupakan salah satu program dalam membangunkan modal insan untuk membantu pertumbuhan ekonomi negara dan ia selari dengan inisiatif kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 dan Transformasi Nasional 2050 (TN50),” katanya.
Selain itu, SME Bank pada majlis sama turut menyerahkan zakat berjumlah RM50,000 untuk diserahkan kepada 200 pelajar asnaf di Jerlun, Kedah.
Zakat itu disampaikan Razman kepada Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Othman Aziz.
Najib Aroff
Wed Feb 28 2018
Usaha itu dicapai melalui perjanjian kumulatif bersama Kesatuan Sekerja Komersial Kebangsaan (NUCW) yang ditandatangani hari ini - Foto SME Bank
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SME Bank ikrar kenaikan gaji sehingga 12 peratus
Melalui perjanjian itu, pekerja bukan eksekutif SME Bank akan menikmati kenaikan gaji pokok dari RM900 menjadi RM1,200 sebulan.