awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Penggantungan perkhidmatan dialisis ancam nyawa - Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza
MALAYSIA
Diaspora Malaysia aset penting, bawa nama di persada antarabangsa - PM
MALAYSIA
Pengguna daun ketum boleh diarah jalani pemulihan walaupun tidak ketagih- AADK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Lima termasuk Datuk didakwa terima deposit tanpa lesen

Bernama
Bernama
01/07/2025
15:04 MYT
Lima termasuk Datuk didakwa terima deposit tanpa lesen
Lima individu termasuk seorang wanita bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen sah dan pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit antara 2021 hingga 2024. - Foto hiasan
SHAH ALAM: Lima individu termasuk seorang wanita bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen sah dan pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit antara 2021 hingga 2024.
Kesemua tertuduh iaitu Datuk Suhaila Semaru, 41; adiknya, Suraya, 37; Muhammad Wahbah Az-Zuhaili Mohd Ariffin, 33, dan adiknya Muhammad Syaabil Ajwad, 26, serta Mohamad Noor Syauqi Shafiee, 30, didakwa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi syarikat XFOX Market Sdn Bhd.
Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.
Suhaila selaku pengarah syarikat itu berdepan 22 pertuduhan didakwa menerima, memperoleh serta memiliki wang hasil daripada aktiviti haram yang keseluruhannya dianggarkan RM13 juta.
Sementara itu, Suraya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu didakwa dengan 10 pertuduhan memperoleh, memiliki dan memindahkan wang dengan nilai keseluruhan kira-kira RM11.1 juta.
Mohamad Noor Syauqi didakwa memperoleh dan memiliki wang berjumlah keseluruhan RM2.5 juta hasil aktiviti haram manakala Muhammad Wahbah Az-Zuhaili berdepan tujuh pertuduhan menerima, memperoleh serta menggunakan wang keseluruhan berjumlah RM10.3 juta.
Muhammad Syaabil Ajwad pula didakwa tujuh pertuduhan menerima dan satu pertuduhan melupus wang hasil aktiviti haram keseluruhan bernilai RM58 juta.
Kesemua perbuatan didakwa dilakukan di pelbagai cawangan bank di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya antara November 2021 hingga Julai tahun lepas.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 4 (1) akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan, atau RM5 juta, mana lebih tinggi.
Pada prosiding sama, Suhaila, Suraya dan Mohamad Noor Syauqi secara berasingan turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan menyetujui terima deposit daripada orang awam tanpa suatu lesen sah.
Kesalahan di bawah Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 itu dilakukan di Pejabat XFOX di Subang Bestari antara 12 Nov 2021 hingga 30 Julai 2024.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah subseksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dibaca bersama subseksyen 249(1)(a) dan boleh dihukum di bawah seksyen 137(2) akta yang sama yang memperuntukan penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Bank Negara Malaysia (BNM) Nurdeenie Abd Rashid dan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan kesemua tertuduh diikat jamin RM1 juta berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Peguam Mohd Haziq Dhiyaudin Razali memohon jaminan dikurangkan mengambil kira faktor semua anak guamnya memberi kerjasama penuh kepada BNM dan polis sepanjang proses siasatan, malah tiada risiko untuk melarikan diri.
Muhamad Anas membenarkan jaminan RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin berserta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 6 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lima individu didakwa
#deposit tanpa lesen
#pengubahan wang haram
#Datuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami