Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui agensinya, SME Corp Malaysia, kekal komited memperkasakan perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) dengan peruntukan berjumlah RM134.6 juta bagi melaksanakan pelbagai inisiatif dan program pada tahun 2024.
Timbalan Menterinya Datuk R.Ramanan berkata melalui peruntukan ini SME Corp menyasar lebih 16,700 PMKS bakal menerima manfaatnya pada tahun ini.
Beliau berkata setakat ini secara keseluruhannya SME Corp telah menyalurkan sejumlah RM131.3 juta dana yang berjaya memanfaatkan seramai 22,861 PMKS di seluruh negara.
Ini, katanya, termasuk program bantuan kewangan bagi tujuan eksport iaitu Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) dan program SMEs Go Global (SMEGG) serta program pembangunan keupayaan dan kapasiti eksport, dan padanan perniagaan.
"Malaysia terus komited dalam usaha memperkasakan ekosistem keusahawanan negara sejajar dengan visi Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030).
"Ia bagi menjadikan Malaysia sebuah negara keusahawanan unggul serta kerangka Ekonomi MADANI sebagai wadah mengangkat semula martabat negara dengan menstruktur semula ekonomi ke arah menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi di rantau Asia Tenggara," katanya.
R.Ramanan berkata demikian semasa sesi taklimat beliau sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersama SME Corp, di sini, hari ini, sejak dilantik menyandang jawatan itu pada 12 Dis lepas.
Sesi tersebut bertujuan memberikan penerangan lanjut berkenaan peranan dan fungsi SME Corp sebagai Agensi Penyelaras Pusat (CCA) bagi pembangunan PMKS di Malaysia.
"Komitmen ini juga mengambil kira Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah menetapkan sasaran yang jelas untuk pertumbuhan PMKS menjelang 2025, seperti sumbangan 41 peratus kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), 15 peratus kepada eksport, 3.5 peratus dalam purata pertumbuhan produktiviti buruh dan 90 peratus PMKS mendigitalkan operasi perniagaan mereka," katanya.
Sementara itu, R.Ramanan turut memaklumkan bahawa Program Peningkatan Kapasiti dan Keupayaan PKS (BAP) yang dihentikan sementara sebelum ini akan kembali ditawarkan kepada PMKS pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM55 juta.
"Selain itu, SME Corp akan terus melaksanakan program utama lain seperti Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP), Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE), Program Pengukuhan Eksport, Program Peningkatan Industri Strategik dan Syarikat Berprestasi Tinggi (PRESTIGE) serta Program BizMe bagi pembangunan perusahaan inklusif," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024
Ramanan berkata melalui peruntukan ini SME Corp menyasar lebih 16,700 PMKS bakal menerima manfaatnya pada tahun ini. - Gambar Bernama
MTRK gesa kerajaan Kelantan cari penyelesaian tangani segera isu air
Telaga tiub bukanlah jalan penyelesaian kerana air yang di dalam tanah kebanyakan keruh selain kos yang agak tinggi.
Liga-M: Stadium Sultan Muhammad IV penuhi syarat MFL jadi gelanggang 'keramat'
Antara kemudahan yang dibaik pulih adalah lampu limpah lama telah ditukar baru dan memasang kerusi sebanyak 6,728 unit untuk penonton.
Kalau kita tidak boleh beri wang, beri perhatian kepada murid tercicir - Guru
10 Finalis Teratas Malaysia Teacher Priza 2023 yang juga guru di SMK Dato’ Ahmad Maher, Kelantan, Zul Afida Abdullah berkata sekiranya tidak mampu memberi wang ringgit, maka berilah perhatian kepada murid-murid yang tercicir. Menurutnya, kemenjadian murid bergantung sepenuhnya kepada kemenjadian guru, maka teladan yang ditunjukkan oleh guru akan menentukan kejayaan murid tersebut pada masa depan. #DialogTigaPenjuru
Guru perlu berlumba-lumba jadikan kelas menyeronokkan - Guru
10 Finalis Teratas Malaysia Teacher Prize 2023 yang juga guru di SK Jengka Pusat 2, Pahang, Mohamad Safuan Rozak berkata guru perlu berlumba-lumba menjadikan sesi pembelajaran dan pengajaran (PDP) menyeronokkan. Maka, penguasaan teknologi adalah penting untuk membolehkan kaedah pengajaran yang kreatif dan mampu menarik minat murid. #DialogTigaPenjuru
KPM tidak halang pembaharuan, guru perlu ambil peluang - Guru
emenang Malaysia Teacher Prize 2022 yang juga guru di SMK Chung Hwa, Sabah, Anuthra Sirisena berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak menghalang sebarang usaha membawa pembaharuan dalam pendidikan. Oleh itu, guru-guru perlu ambil peluang bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk melaksanakan sebarang inovasi yang diperlukan. #DialogTigaPenjuru
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok teduhan di ibu negara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Jajaran Seksyen 7 WCE siap Mac 2026 - Nanta
Pembinaan Jajaran Tanjong Karang-Assam Jawa di Seksyen 7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) telah mencapai tahap 71 peratus, dan dijanga siap pada Mac 2026.
AWANI Ringkas: Ekonomi | Seleweng Dana | Keselamatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac MAC 2022, penurunan kadar dijangka dorong sentimen global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding 1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.
Ringgit ditutup tinggi melonjak ke paras 4.68 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6810/6850 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7050/7075 pada Rabu.