awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Snap buang 10 peratus tenaga kerja

Amanz
Amanz
06/02/2024
07:35 MYT
Snap buang 10 peratus tenaga kerja
Baru-baru ini Snap, iaitu syarikat di sebalik aplikasi Snapchat turut tidak terlepas membuang pekerja. - Gambar/ Amanz
TAHUN 2024, pelbagai syarikat teknologi mula membuang pekerja bagi mengorganisasi semula syarikat serta mengukuhkan semula kewangan masing-masing.
Google, Lazada, TikTok dan Microsoft sudah membuang pekerja mereka. Baru-baru ini Snap, iaitu syarikat di sebalik aplikasi Snapchat turut tidak terlepas.
Menurut laporan Techcrunch, 10 peratus pekerja Snap dibuang iaitu sekitar lebih 500 kakitangan. Snap menyatakan ini adalah untuk mengecilkan perbezaan kuasa di dalam syarikat (hierarki), sementara meningkatkan kolaborasi secara bersemuka antara kakitangan.
Tidak pasti apakah perancangan Snap untuk Snapchat selepas ini. Usaha mereka dalam produk fizikal seringkali gagal. Mungkin media sosial dan perisian sahaja mereka patut pentingkan?
Sejak kebelakangan ini, Snap turut mengemas kini Snapchat dengan membawakan ciri AI generatif serta chatbot untuk pengguna menikmati ciri AI baharu tanpa meninggalkan aplikasi.
Snapchat kini mempunyai lebih 400 juta pengguna, adakah anda antara pengguna yang masih aktif? - Amanz
Topic Berkaitan
#Snap
#Snapchat
#buang pekerja
#cabaran ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan