awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sony-Honda bakal keluarkan kereta elektrik pertama pada 2025

Astro Awani
Astro Awani
05/03/2022
13:32 MYT
Sony-Honda bakal keluarkan kereta elektrik pertama pada 2025
Syarikat elektronik Jepun, Sony dan syarikat automobil, Honda bersetuju untuk bekerjasama dalam membuat dan memasarkan kereta elektrik. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Syarikat elektronik Jepun, Sony dan syarikat automobil, Honda bersetuju untuk bekerjasama dalam membuat dan memasarkan kereta elektrik.
Bagi tujuan itu, dua syarikat berkenaan mensasarkan untuk menubuhkan sebuah syarikat baharu tahun ini dan memulakan penjualan kereta pertama mereka pada 2025.
Syarikat baharu berkenaan akan mereka bentuk, membangunkan dan menjual kereta elektrik, namun tidak akan memiliki atau mengendalikan kemudahan pembuatan.
Dengan kepakaran selama bertahun-tahun dalam pembuatan kereta, Honda bertanggungjawab dalam pengilangan kereta menggunakan pelannya sendiri.
Manakala, Sony akan berperanan membangunkan platform perkhidmatan mobiliti dalam kereta yang direka cipta Honda.
Sony juga bakal menjadi pembekal utama kepada pengesanan imej untuk telefon pintar dan reka bentuk teknologi itu akan disesuaikan dengan model kereta yang dibangunkan.
Pada Januari lalu, syarikat elektronik gergasi itu mengumumkan akan menubuhkan sebuah syarikat diberi nama Sony Mobility bagi meneroka pasaran kereta elektrik baharu.
Pada ketika itu, Sony turut memperkenalkan prototaip kenderaan utiliti sukan (SUV) VISION-S 02, setahun selepas pelancaran VISION-S 01 pada 2020.
Topic Berkaitan
#Sony
#Honda
#kereta elektrik
#2025
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan