awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SST: Apa barangan yang terjejas?

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
09/06/2025
10:01 MYT
SST: Apa barangan yang terjejas?
Ikan salmon adalah antara barangan yang dinaikkan kepada kadar 5%. - Gambar fail
KEMENTERIAN Kewangan hari ini mengumumkan semakan kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) mulai 1 Julai 2025.
Persoalan yang bermain di minda pengguna adalah, apakah barangan yang akan terjejas akibat semakan semula kadar CJ ini?
Secara amnya, semakan kadar CJ dan peluasan skop CP merangkumi perkara-perkara berikut:
i. Kadar CJ kekal tidak dinaikkan ke atas barangan keperluan asas yang digunakan oleh rakyat; ii. Kadar CJ sebanyak 5% atau 10% dikenakan ke atas barangan pilihan dan bukan keperluan asas; dan iii. Skop kenaan CP diperluas kepada perkhidmatan baharu seperti sewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, jagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.
Peluasan ini disertakan dengan pengecualian terpilih untuk mengelakkan cukai berganda, serta memastikan perkhidmatan keperluan tertentu untuk warganegara Malaysia tidak dikenakan cukai.
Berikut beberapa barangan yang diberikan oleh MOF:
BARANGAN BERKADAR 0%
Barang belum diproses: Ayam/lembu/ kambing Tilapia/ tongkol/ udang/sotong Sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan Beras/barli/ oat/gandum
Barang telah diproses: Tepung Sardin dalam tin Gula/ garam Roti putih, pasta, bihun, mi dan mi segera Susu/Milo/Vico/Nestum Minyak masak Ubatan dan peranti perubatan Buku, jurnal dan surat khabar Makanan ternakan dan peliharaan Bahan asas pembinaan (simen, batu, pasir) Baja dan racun Jentera pertanian dan penternakan
BARANGAN BERKADAR 5%
Antara barangan kekal pada kadar 5%: Abalone dan lobster Quinoa Keju Jem buah-buahan Telefon pintar
Antara barangan dinaikkan ke kadar 5%: King crab Ikan salmon dan kod Cendawan truffle Strawberi import Essential oil Sutera Jentera industri
BARANGAN BERKADAR 10%
Antara barangan kekal pada kadar 10%: Kaviar Sirip ikan yu Minuman beralkohol Rokok dan cerut Barangan kulit
Antara barangan dinaikkan ke kadar 10%: Sisa skrap tungsten Basikal lumba Lukisan tangan antik
Nota: Maklumat lanjut termasuk garis panduan dan soalan lazim akan diumumkan melalui saluran rasmi Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Topic Berkaitan
#SST
#cukai jualan
#skop Cukai Perkhidmatan
#ikan salmon dan kod
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan