awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sunway sasar buka hospital, pusat beli-belah di Ipoh menjelang 2025

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
10/01/2022
08:06 MYT
Sunway sasar buka hospital, pusat beli-belah di Ipoh menjelang 2025
Tan Sri Jeffrey Cheah berkata, pembinaan hospital dan pusat beli-belah di Bandar Sunway Ipoh merupakan sebahagian daripada RM2 bilion pelaburan di bandar bersepadu itu.
IPOH: Kumpulan Sunway mensasarkan untuk membuka hospital dan pusat beli-belah baharu di Bandar Sunway Ipoh, menjelang tahun 2025.
Pengasas dan Pengerusinya, Tan Sri Jeffrey Cheah berkata, ia adalah sebahagian daripada RM2 bilion pelaburan di bandar bersepadu itu.
Menurutnya, pusat perubatan bernilai RM350 juta itu yang mempunyai 200 katil bakal dibuka pada 2024 dan merupakan sebuah hospital bertaraf dunia.
“Dengan memanfaatkan ekosistem Bandar Sunway Ipoh selaku perbandaran resort bersepadu yang merangkumi hospitaliti, taman tema, pendidikan, komponen komersial dan residensi, lokasi strategik Pusat Perubatan Sunway Ipoh yang dikelilingi kehijauan tropikal dan bukit batu kapur berusia 260 juta tahun, akan memacu status bandar tersebut sebagai hab pelancongan perubatan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin selepas majlis pecah tanah projek naik taraf sebahagian Jalan Tambun di Dewan Badminton X - Treme Park, Bandar Sunway, Tambun di sini, hari ini.
Menurut Jeffrey, pihaknya komited untuk bersama-sama kerajaan negeri membangunkan Ipoh, khususnya di Tambun.
“Pelaburan RM2 bilion akan memanfaatkan bukan sahaja komuniti tempatan dan para pengunjung Bandar Sunway Ipoh, bahkan juga memenuhi peningkatan keperluan keseluruhan Koridor Pembangunan Timur Ipoh, yang berperanan sebagai pemangkin pembangunan bandar ini dan juga penyumbang terpenting terhadap keseluruhan kadar kerancakan ekonomi negeri,” ujarnya.
Sehubumngan itu, Jeffrey berkata, pihaknya mensasarkan untuk menarik sebahagian daripada dua juta pengguna Lebuhraya Utara Selatan semasa musim perayaan untuk singgah di bandar itu.
Menurutnya, selepas projek naik taraf jalan itu yang bernilai RM16.35 juta siap menjelang hujung tahun ini, masalah kesesakan tidak lagi akan berlaku.
Sementara itu, Rumaizi berkata, projek naik taraf sebahagian Jalan Tambun itu akan memberi manfaat kepada antara 20,000 hingga 30,000 pengguna sehari.
Topic Berkaitan
#Kumpulan Sunway
#Hospital
#pusat beli-belah
#Banday Sunway Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan