KUALA LUMPUR: Supermax Corp Bhd membatalkan cadangan untuk memperoleh 2 bidang tanah pegangan bebas daripada anak syarikat SP Setia Bhd, Bandar Setia Alam Sdn Bhd dengan tunai RM73.49 juta.
Ini berikutan kegagalannya mendapatkan kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengetepikan 30% syarat pemilikan ekuiti bumiputera sebelum pemindahan hak milik tanah itu.
Dalam makluman di Bursa Malaysia, Supermax berkata, cadangan pengambilalihan ini tertakluk kepada kelulusan EPU untuk pemindahan pemilikan tanah jika Maxter memenuhi 30% pemilikan ekuiti bumiputera.
"Pada 24 Mei 2021, Maxter telah mengemukakan rayuan untuk mengetepikan syarat kelulusan EPU, tetapi telah ditolak pada 15 Disember 2021.
"Berdasarkan perkara di atas, Maxter telah memohon penamatan SPA mengikut Klausa 2A.4 SPA di mana ia ditetapkan bahawa pembeli berhak untuk menamatkan SPA jika syarat EPU selepas rayuan tidak diterima oleh pembeli," jelasnya pada Isnin.
Pada 21 September 2020, Supermax menerusi Maxter memeterai perjanjian jual beli dengan Bandar Setia Alam untuk membeli 2 bidang tanah berukuran kira-kira 1.99 hektar (hampir 4.962 ekar) di Bukit Raja.
Syarikat pengeluar sarung tangan getah itu merancang untuk membina ibu pejabat operasi bagi anak syarikat milik penuhnya, Maxter Glove Manufacturing Sdn Bhd di kawasan tersebut yang terletak di Setia Alam, Selangor.
Susulan penamatan itu, kumpulan berkata, jumlah bayaran balik deposit termasuk duti setem telah diterima dengan sewajarnya oleh Supermax pada 27 Januari dan kaveat ke atas tanah itu ditarik balik berkuat kuasa 31 Januari.
"Penamatan ini tidak memberi kesan material kepada pendapatan sesaham kumpulan, aset bersih sesaham dan gearan kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022," jelasnya.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Mon Feb 14 2022

Pada 21 Sept 2020, Supermax menerusi Maxter memeterai perjanjian jual beli dengan Bandar Setia Alam untuk membeli 2 bidang tanah berukuran kira-kira 1.99 hektar di Bukit Raja. - Foto DagangNews

Warga emas maut, kereta dipandu lawan arus kemalangan
Mangsa berusia 72 tahun memandu kereta jenis Proton Wira secara melawan arus lalu bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda City.

PM Ismail Sabri adakan lawatan ke Turkiye atas jemputan Presiden
Semasa lawatan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh mengenai kerjasama pascapandemik COVID-19.

Kejohanan Wimbledon: Djokovic lepasi ujian getir Van Ritjhoven untuk ke suku akhir
Juara bertahan itu tewas dalam set kedua sebelum menang 6-2, 4-6, 6-1, 6-2 dalam perlawanan pusingan keempat.

Lima negara bincang isu jerebu rentas sempadan
Mesyuarat itu melibatkan menteri-menteri Alam Sekitar dari lima negara di selatan rantau ASEAN.

'Minyak subsidi banyak dijual di Selatan Thailand'
Di Narathiwat, Sungai Golok, Weng, Sungai Padi tiada pembelian dihadkan untuk minyak masak peket satu kilogram.

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkanTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai gangguan psikologi. Ini gara-gara dakwaan Nur Jazlan terhadap menteri dari Pas yang gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Pendapatan | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Supermax bina kemudahan pembuatan termaju pertama di Texas
Supermax berkata, kemudahan baharu itu akan menjadi kilang pembuatan ke-18 syarikat di seluruh dunia dan yang pertama di AS.

Supermax batal pembelian tanah bernilai RM73.5 juta daripada SP Setia
Supermax gagal dapat kelulusan EPU untuk ketepikan 30% syarat pemilikan ekuiti bumiputera sebelum pemindahan hak milik.

Supermax sahkan Kanada tamatkan kontrak pembekalan sarung tangan nitril
umpulan itu berkata, baki 2 kontrak ini pada nilai FOB ialah AS$12.67 juta (RM53.07 juta) atau di bawah 0.8% daripada hasil Kumpulan.

Kanada tamat kontrak dengan Supermax susulan dakwaan buruh paksa
Supermax Corp telah mendapatkan khidmat syarikat bebas untuk menjalankan audit menyeluruh ke atas operasinya mengikut petunjuk buruh paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Satu lagi syarikat sarung tangan getah Malaysia disekat Amerika
Keputusan itu dibuat berdasarkan bukti mencukupi yang menunjukkan kemudahan pengeluaran syarikat itu didakwa menggunakan buruh paksa.

Supermax Corp pula disekat AS, harga saham merosot hampir 9%
CBP berkata, pihaknya mengenal pasti 10 indikator Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) terhadap penggunaan buruh paksa ketika menjalankan siasatan.

MR DIY sertai konstituen FBM KLCI menggantikan Supermax
Semua perubahan konstituen akan berkuat kuasa pada 21 Jun 2021 dan kajian seterusnya akan berlangsung menjelang Disember tahun ini.

Kerajaan UK berdepan tindakan undang-undang, didakwa guna PPE buatan Malaysia?
Sebuah firma undang-undang di London menuduh tiga syarikat pengeluar sarung tangan Malaysia terlibat dalam pelanggaran hak asasi pekerja.

Saham Supermax melonjak 6.9 peratus
Saham Supermax melonjak, selepas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stanley Thai memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rafidah Aziz letak jawatan Pengerusi Supermax
Tan Sri Rafidah Aziz meletak jawatan sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutif Supermax Corporation Bhd, berkuat kuasa 14 April.