Kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton berasaskan platform Geely Boyue dijangka akan dijual di bawah harga RM100,000.
Menurut laporan Sinar Online yang memetik kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan kepada China Press, kenderaan itu akan dijual dalam pasaran Malaysia dalam tempoh dua tahun lagi.
Ong dilaporkan berkata, mengikut cadangan awal penetapan harga kenderaan itu dengan harga 'Boyue' di China adalah di antara 100,000 Yuan hingga 150,000 Yuan (RM67,000 hingga RM93,900) dan ditambahkan dengan perkiraan awal antara 10 hingga 20 peratus, maka itulah harga yang bakal dibeli oleh pengguna di Malaysia.
Katanya, Proton disasarkan untuk menguasai sekurang-kurangnya satu peratus pasaran industri jualan kereta di China, selain mensasarkan jumlah jualan 3.8 juta unit setahun untuk pasaran di rantau ASEAN, ekoran pemeteraian janji di antara DRB-Hicom Berhad dan Zhejiang Geely Holding Group sebagai rakan strategik asing Proton Holdings Berhad.
Di China, Geely Boyue ditawarkan dalam dua varian enjin, 1.8L turbo dan 2.0L aspirasi natural.
Astro Awani
Thu Jun 29 2017

Kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton berasaskan platform Geely Boyue dijangka akan dijual di bawah harga RM100,000.

Kemelut politik parti pembangkang - Reaksi Penganalisis
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

2 MP PKR sah keluar parti, beri sokongan kepada Muhyiddin
Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas.

Kemelut politik parti Amanah - Reaksi Mujahid Yusof
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Situasi politik PKR Sarawak, Larry Sng letak jawatan?
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

Larry Sng letak jawatan sebagai Ketua PKR Sarawak
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dilapor meletak jawatan sebagai ketua PKR Sarawak. Menurut sumber parti yang dipetik portal The Star, Sng dilapor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau dalam satu sidang video pada Sabtu. Perkara ini disahkan setiausaha PKR Sarawak, Joshia Jabeng.

"Biar PKR Sarawak selesaikan masalah dalaman mereka" - DAP Sarawak
Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyerahkan sepenuh kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak untuk menyelesaikan kemelut politik parti itu.

Lompat parti: Anwar perlu teliti permohonan tiga Adun Amanah sertai PKR - Mujahid
Tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) melompat parti dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah tindakan yang boleh menjejaskan hubungan parti.

Pulau Pinang akan terima 62,000 dos vaksin dalam tempoh terdekat
Lima kotak penghantaran yang akan diterima kelak adalah tambahan dos kedua kepada 31,000 penerima fasa pertama.

Bunuh anak sendiri, sepasang suami isteri ke tali gantung
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman di bawah Seksyen 35 akta sama.

Pharmaniaga sasar proses 80,000 dos vaksin sehari
Mohamed Iqbal berkata, jumlah itu mengambil kira kekangan pembersihan kilang yang akan dibuat selepas 18 jam sehari.

SUV Proton dijangka dijual di bawah harga RM100,000 - laporan
Kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton berasaskan platform Geely Boyue dijangka akan dijual di bawah harga RM100,000.

DRB HICOM dan Zhejiang Geely lancar SUV baharu Geely Boyue
Pelancaran disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Zhejiang Geely Holding Li Shufu dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar.