awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rapid KL lanjut operasi rel, bas terpilih sempena ambang tahun baharu 2026
Lelaki Palestin cedera dilanggar penjarah Israel ketika solat di tepi jalan Ramallah
Letupan di masjid Homs ragut tiga nyawa, lima cedera

Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis

Bernama
Bernama
26/12/2025
10:24 MYT
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
Alzafny berkata suspek dipercayai mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia, pernah bekerja di kilang farmaseutikal, serta berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat. -Foto Bernama
SEREMBAN: Suspek yang terbabit dalam kejadian letupan di kawasan Desa Palma, Nilai, dekat sini pada 22 Dis lepas dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan.

Ringkasan AI
  • Suspek yang terlibat dalam letupan di Desa Palma, Nilai, dipercayai memiliki pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan, dengan penemuan alat pencetus letupan, bahan pencuci mudah bakar, dan karbon di rumah suspek.
  • Suspek yang dikenali sebagai Yeoh Hock Sun atau 'Ayang' ini mempunyai pengetahuan dalam kimia, pengalaman bekerja di kilang farmaseutikal, dan bidang teknologi maklumat, serta diklasifikasikan sebagai individu berbahaya dengan kes jenayah lampau.
  • Polis menemui 31 bahan peranti letupan buatan sendiri di rumah suspek, yang telah dimusnahkan, dengan hasil pemusnahan menunjukkan radius letupan hingga 20 meter, dan serpihan boleh menjangkau 30 meter, serta suspek masih dianggap berada di negeri ini.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata hal itu berdasarkan penemuan peranti dan peralatan yang dirampas di rumah sewa lelaki yang dikenali sebagai Yeoh Hock Sun, 62, itu termasuk alat pencetus letupan, bahan pencuci mudah bakar dan karbon selain unsur belerang.
"Siasatan mendapati suspek yang turut dikenali sebagai 'Ayang' mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia dan pernah bekerja di kilang farmaseutikal selama tiga tahun sebelum ini selain berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat (IT).
"Penilaian terhadap bahan letupan itu mendapati bahan terbabit berada dalam keadaan sempurna, iaitu dari segi penyediaan bahan dan peranti yang digunakan termasuk pemasa dan sensor selain kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak enam bulan lepas," katanya pada sidang media kes terbabit di sini hari ini.
Beliau berkata lelaki itu turut diklasifikasikan sebagai individu berbahaya dan amat dikehendaki kerana dipercayai terlibat secara langsung dalam penyediaan bahan letupan terbabit selain mempunyai satu kes jenayah lampau di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Katanya, pemeriksaan di rumah lelaki itu yang disyaki dijadikan sebagai makmal juga turut menemukan 31 lagi bahan peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvise Explosive Device (IED) dengan kesemuanya telah dimusnahkan polis.
Dalam pada itu, Alzafny berkata hasil pemusnahan yang dilaksanakan Unit Pemusnah Bom mendapati bahan letupan berkenaan mempunyai radius letupan hingga 20 meter, manakala serpihan boleh menjangkau sejauh 30 meter.
"Barang yang digunakan ialah paku dan pisau lipat yang diserpihkan secara halus, jadi melihat kepada penyediaan tersebut, kita tafsirkan bahawa dia mempunyai pengetahuan menyediakan suatu bahan letupan yang sempurna," katanya.
Alzafny berkata lelaki itu dikategorikan sebagai sangat berbahaya kerana bijak menyembunyikan identiti dengan memakai pelitup muka atau bertopi selain turut mengenakan rambut palsu apabila berada di luar atau dalam kelompok masyarakat.
"Soal siasat terhadap saksi turut mendapati dia menghindarkan diri daripada orang ramai selain seorang yang agresif, telah berpisah dengan isteri, anak dan keluarga lebih 30 tahun lepas serta ada sejarah pernah memukul kekasihnya," katanya sambil menambah suspek dipercayai masih berada di negeri ini.
Dalam pada itu, Alzafny berkata setakat ini, sebanyak 14 saksi dirakam percakapan dan telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar untuk dianalisis.
Justeru, beliau meminta orang ramai membantu mengesan warga emas berkenaan selain meminta mana-mana pusat perubatan, klinik atau farmasi yang mengesyaki suspek, yang dipercayai cedera, menerima rawatan atau membeli ubat untuk menyalurkan maklumat itu kepada polis.
"Hal ini kerana polis percaya dalam kejadian tersebut, lelaki ini mengalami kecederaan yang serius ... dia kini sedang bersembunyi dan mungkin disembunyikan," katanya dan menambah lelaki itu bergerak sendirian dan tiada kaitan dengan kumpulan pengganas atau gengsterisme.
Pada Isnin lepas, Alzafny dilaporkan berkata pihaknya menemukan objek disyaki IED susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma selepas menerima laporan berhubung kejadian daripada orang awam yang memaklumkan terdapat objek meletup serta paku bertaburan di kawasan itu pada 7.08 pagi.
-- BERNAMA

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus yang dipercayai dimiliki oleh suspek yang terlibat dalam kejadian letupan di Desa Palma, Nilai? A: Suspek dipercayai mempunyai pengetahuan dalam bidang kimia, pernah bekerja di kilang farmaseutikal, serta berpengetahuan dalam bidang teknologi maklumat.
  • Q: Apakah yang ditemui dalam rumah sewa suspek yang menunjukkan kebolehan teknikalnya? A: Penemuan peranti dan peralatan termasuk alat pencetus letupan, bahan pencuci mudah bakar, karbon, dan unsur belerang.
  • Q: Apakah kesan dari pemusnahan 31 bahan peranti bahan letupan buatan sendiri yang ditemui di rumah suspek? A: Barang-barang tersebut telah dimusnahkan oleh polis dan bahan letupan berkenaan mempunyai radius letupan hingga 20 meter dengan serpihan yang boleh menjangkau sejauh 30 meter.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk membantu kesiasatan? A: Sebanyak 14 saksi dirakam percakapan dan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar dianalisis untuk membantu kes penyiasatan.
  • Q: Apakah yang diminta oleh Ketua Polis Negeri Sembilan kepada orang ramai berkenaan suspek terlibat? A: Orang ramai diminta membantu mengesan suspek yang dipercayai cedera, menerima rawatan, atau membeli ubat serta memaklumkan maklumat kepada pihak polis.

Topic Berkaitan
#Desa Palma Nilai
#bahan letupan
#Yeoh Hock Sun
#Ayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.