KUALA LUMPUR: Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mengalu-alukan kunjungan wakil syarikat industri kenderaan rekreasi (RV) terkemuka Jerman yang berminat untuk mengembangkan operasi mereka di rantau ini.
Menurut ECERDC antara pengeluar RV terkemuka yang menyertai kunjungan itu ialah Erwin Hymer Group, Hobby Wohnwagenwerk, Knaus Tabbert AG, Eura Mobil GmbH serta pembuat komponen RV dan penganjur pameran perdagangan karavan terkemuka.
"Susulan kunjungan awal Caravaning Industrie Verband e.V. (CIVD) (Persatuan Industri Karavan), yang mewakili peserta industri RV Jerman pada Februari 2022, satu Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani oleh ECERDC dan CIVD di Jerman semasa misi pelaburan pada Jun 2022.
"MoU itu bertujuan mempromosikan dan menjadikan ECER sebagai hab RV Asia dan destinasi pelaburan pilihan untuk pembuat, pembekal komponen dan pengendali taman RV," menurut ECERDC dalam kenyataan pada Khamis.
Delegasi serta Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat turut membuat kunjungan hormat kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, seterusnya berbincang mengenai status terkini dan usaha untuk pembangunan industri RV di Malaysia.
Menurut Baidzawi, delegasi CIVD itu turut disertai kalangan eksekutif tertinggi daripada pembuat RV Jerman yang menguasai 65 peratus bahagian pasaran di Eropah yang bernilai kira-kira EUR7.5 bilion (EUR1 = RM4.64).
"Kita menghargai minat mereka dan ECERDC berharap dapat memudah cara pelabur dari CIVD yang berminat untuk mengembangkan operasi mereka ke Malaysia," katanya.
Beliau berkata ECERDC kekal optimis bahawa permintaan terhadap industri RV dan karavan adalah kukuh dan ia merupakan trend gaya hidup yang berkembang pantas di rantau ini.
Presiden CIVD, Hermann Pfaff berkata persatuan itu sangat teruja dengan kemajuan dan inisiatif berterusan oleh ECERDC dalam industri ini.
"Tahun ini, kami telah membawa pasukan yang lebih besar dan pelabur berpotensi untuk meneroka pengembangan mereka secara serius memandangkan saya telah memperoleh laporan yang menggalakkan mengenai peluang daripada wakil-wakil semasa lawatan kerja sebelum ini pada Februari 2022," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 10 2023

ECERDC mengalu-alukan kunjungan wakil syarikat industri kenderaan rekreasi (RV) terkemuka Jerman yang berminat untuk mengembangkan operasi mereka di rantau ini. -Bernama
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.
Empat beradik ditinggalkan kini ditempatkan di rumah perlindungan - Exco
Empat beradik yang ditinggalkan di pondok pengawal Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah, dekat Kampung Gajah baru-baru ini, telah ditetapkan oleh mahkamah untuk ditempatkan di rumah perlindungan hingga masing-masing berusia 18 tahun.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 November 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pemandu kereta rempuh motosikal selepas bertengkar dengan isteri ditahan
Menurut polis, lelaki terbabit yang melarikan diri selepas kejadian telah berjaya ditahan pada 7.45 malam tadi di Jalan Bidara, Selayang.
Tumpuan Khamis - 01 Disember 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (30 November 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

ECERDC raih pelaburan komited RM5.6 bilion untuk Pahang
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM5.6 bilion untuk Pahang setakat bulan lepas.

Pembangunan Pahang dijangka berkembang pesat dalam tempoh lima tahun - MB
ECERDC merupakan platform yang mampu mempercepatkan pembangunan, berdasarkan kajian dan perancangan yang teratur selain kerjasama erat bersama kerajaan negeri.

Projek penting di bawah ECERDC diteruskan - MB Kelantan
Semua projek penting di bawah kendalian Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) di Kelantan masih diteruskan biarpun mengalami kelewatan, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Syarikat industri kenderaan rekreasi utama Jerman lawat ECER
Delegasi CIVD itu turut disertai kalangan eksekutif tertinggi daripada pembuat RV Jerman yang menguasai 65 peratus bahagian pasaran di Eropah yang bernilai kira-kira EUR7.5 bilion.

Wilayah Pantai Timur bakal jadi hub industri kenderaan RV
Kementeriannya bekerjasama dengan MIDA dan ECERDC untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi seperti industri RV ke Malaysia.

ECERDC berjaya tarik RM5.3 bilion pelaburan, wujud 3,300 peluang pekerjaan di Pahang tahun ini - PM
Jelas Ismail Sabri, selain pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan, kerajaan juga komited dalam membasmi kemiskinan tegar di Pahang.

Pelbagai projek ECERDC di Mersing sudah disiapkan - Onn Hafiz
ECERDC merupakan badan berkanun yang menerajui pelaksanaan ECER merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Daerah Mersing di Johor.

Kerajaan peruntuk RM897 juta bangunkan bandar di tiga Wilayah Ekonomi Pantai Timur - PM
Kerajaan memperuntukkan RM897 juta bagi pembinaan pembangunan bandar-bandar sempadan di tiga kawasan menerusi Majlis Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

ECERDC berjaya tarik pelaburan komited RM6.3 bilion ke Kelantan - Ahmad Yakob
DI bawah Pelan Induk ECER 2.0 (2018-2025), sasaran jumlah pelaburan bagi negeri Kelantan ialah sebanyak RM9.5 bilion.

Laman Warisan Kampung Laut dibuka kepada pengunjung
Projek seluas 1.04 hektar di tepi Sungai Kelantan itu melibatkan dua fasa pembinaan.