GENEVA: Syarikat penerbangan global diunjur mencatatkan keuntungan pertama tahun depan dengan keuntungan bersih US$4.7 bilion sejak pandemik melanda, memandangkan syarikat terus pulih dan dapat mengurangkan kerugian walaupun ketidaktentuan ekonomi semakin meningkat, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Dalam kenyataan pada Selasa, IATA menjelaskan pihaknya juga menjangkakan syarikat penerbangan global akan merekodkan keuntungan bersih sebanyak US$4.7 bilion, margin keuntungan bersih 0.6 peratus, terutama disumbangkan oleh syarikat penerbangan Amerika Utara, yang didapati merealisasikan keuntungan mereka pada 2022.
Persatuan itu menambah, kerugian bersih syarikat penerbangan dijangka lebih rendah bagi 2022, dianggarkan berjumlah US$6.9 bilion, lebih baik berbanding US$9.7 bilion yang diunjurkan pada Jun dan meningkat secara ketara daripada kerugian US$42 bilion dan US$137.7 bilion masing-masing pada 2021 dan 2022.
"Bagaimanapun keuntungan US$4.7 bilion daripada perolehan industri sebanyak US$779 bilion juga menggambarkan bahawa terdapat banyak lagi asas yang perlu ditangani untuk meletakkan industri global pada kedudukan kewangan yang kukuh," kata Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh.
Beliau berkata demikian semasa sesi pembentangan bertajuk 'Unjuran bagi Penerbangan' pada Hari Media Global IATA yang berlangsung selama dua hari di sini.
Walsh berkata walaupun terdapat syarikat penerbangan yang cukup menguntungkan untuk menarik modal yang diperlukan bagi memacu industri itu ke hadapan namun, banyak lagi yang masih bergelut ekoran pelbagai sebab seperti kos yang tinggi dan infrastruktur tidak cekap.
Menurut IATA syarikat penerbangan Eropah dan Timur Tengah dijangka turut seiring dengan syarikat penerbangan Amerika Utara, untuk kembali memperoleh keuntungan pada 2023.
Amerika Utara dijangka menjana keuntungan sebanyak US$9.9 bilion pada 2022 dan US$11.4 bilion tahun depan didorong peningkatan permintaan penumpang sebanyak 6.4 peratus, yang akan mengatasi pertumbuhan kapasiti sebanyak 5.5 peratus.
"Secara keseluruhan, rantau ini dijangka memenuhi 97.2 peratus daripada tahap permintaan sebelum krisis dengan 98.9 peratus kapasiti sebelum krisis pada 2023," jelasnya.
IATA menambah, syarikat penerbangan Eropah dijangka mencatatkan kerugian US$3.1 bilion tahun ini dan keuntungan US$621 juta pada 2023, manakala Timur Tengah diunjurkan merekodkan kerugian US$1.1 bilion pada 2022 dan keuntungan US$268 juta pada 2023.
"Bagaimanapun, prestasi kewangan Asia Pasifik, Amerika Latin dan Afrika akan terus menguncup pada 2023," jelasnya.
Kekangan oleh Dasar China berkaitan COVID-19
IATA juga berpandangan bahawa pertumbuhan Asia Pasifik akan dikekang oleh dasar sifar COVID-19 oleh China ke atas perjalanan, dengan kerugian rantau itu berkurangan kepada US$6.6 bilion pada 2023 daripada US$10 bilion pada 2022.
"Mengambil pandangan konservatif mengenai pelonggaran sekatan yang progresif di China sepanjang separuh kedua 2023, kami bagaimanapun menjangkakan permintaan terpendam yang kukuh akan mendorong lantunan pantas susulan langkah sedemikian," katanya.
Syarikat penerbangan Amerika Latin dan Afrika masing-masing dijangka mencatatkan kerugian US$2 bilion dan US$638 juta pada 2022, serta kerugian dijangka mengecil masing-masing kepada US$795 juta dan US$213 juta pada 2023.
"Cabaran yang akan dihadapi syarikat penerbangan pada 2023, walaupun sukar, akan jatuh ke dalam bidang pengalaman kita. Industri ini telah membina keupayaan yang hebat untuk menyesuai dengan turun naik ekonomi, item kos utama seperti harga bahan api dan pilihan penumpang.
"Kita melihat ini menunjukkan dalam tempoh pengukuhan keuntungan berikutan Krisis Kewangan Global 2008 dan berakhir dengan pandemik," kata Walsh.
Beliau berkata terdapat bukti bahawa pengembara yakin untuk melakukan perjalanan walaupun prospek ekonomi tidak menentu dan bilangan penumpang mungkin kembali kepada tahap prapandemik pada 2024.
"Pada akhir 2022, jumlah penumpang dijangka pada 70 peratus daripada angka dicatatkan pada 2019," katanya.
Walsh berkata perniagaan penumpang diunjurkan menjana perolehan US$522 bilion dengan permintaan mencecah 85.5 peratus daripada paras 2019 pada 2023, mengambil kira ketidaktentuan dasar COVID di China.
"Namun begitu jumlah penumpang dijangka melepasi paras empat bilion buat kali pertama sejak 2019 dengan 4.2 bilion pengembara," katanya.
Selain itu, Walsh berkata perniagaan kargo dijangka mengalami tekanan yang meningkat pada 2023 dengan perolehan berjumlah US$149.4 bilion, pengurangan sebanyak US$52 bilion berbanding pada 2022.
Beliau berkata jumlah kargo dijangka berkurangan kepada 57.7 juta tan daripada 65.6 juta tan yang direkodkan pada 2021.
Risiko kemelesetan
Ketua Ahli Ekonomi IATA, Marie Owens-Thomsen berkata walaupun petunjuk menjurus kepada kemungkinan kenaikan kadar faedah yang kurang agresif mulai awal tahun depan, namun risiko kemelesetan masih ada bagi beberapa negara.
Beliau berkata ia boleh menjejaskan permintaan bagi perniagaan penumpang dan kargo, namun mungkin terdapat penyeimbangan berikutan harga minyak yang lebih rendah.
Menurut IATA jumlah perbelanjaan bahan api dijangka US$229 bilion pada 2023 berdasarkan harga minyak mentah Brent pada US$92.30 setong, turun daripada purata US$103.20 setong pada 2022.
"Minyak kerosin pesawat diunjurkan mencecah purata lebih rendah pada US$111.90 setong, menunjukkan bekalan bahan api yang agak stabil selepas mengalami gangguan akibat perang di Ukraine," jelasnya.
IATA menambah, premium yang dikenakan bagi bahan api pesawat (niaga hadapan) kekal menghampiri paras tertinggi sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022

Menurut IATA, syarikat penerbangan Eropah dan Timur Tengah dijangka turut seiring dengan syarikat penerbangan Amerika Utara, untuk kembali memperoleh keuntungan pada 2023. - Gambar hiasan

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Azeem Fahmi juarai acara 100m di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Florida State Universiti Relays.

Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Pakej Rahmah Haji tawar harga bawah RM50,000 - Menteri Agama
Bakal jemaah haji pada tahun ini berpeluang mendapatkan Pakej Rahmah Haji yang ditawarkan pada harga di bawah RM50,000 seorang oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).

12 lorong RFID ditambah di Lebuhraya Utara-Selatan
Penambahan 12 lorong RFID di Lebuhraya Utara-Selatan sudah selesai dan mula beroperasi sejak 11 Mac lepas. Lorong tambahan berkenaan adalah di di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang.

Peniaga ayam resah jualan kurang sambutan
Peniaga ayam di sekitar Melaka resah berikutan jualan mereka yang agak suram sejak hari pertama Ramadan.

Malaysia masih tunggu kelulusan tambahan 350 kouta haji tahun ini
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan Malaysia masih menunggu jawapan daripada kerajaan Arab Saudi berhubung pemohonan untuk mendapatkan tambahan 350 kouta haji bagi tahun ini.
![[INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023 [INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015571/25449825631679728281221_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Kos Haji, bayaran Haji & bantuan kewangan Haji 1444H/2023
Berikut adalah infografik berkenaan dengan Kos Haji, bayaran & bantuan kewangan Haji bagi tahun 2023. Sila klik untuk video penuh.

Trafik udara pada Januari 2023 naik 67 peratus - IATA
Jumlah trafik udara pada Januari 2023, yang diukur dalam jumlah hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK), meningkat 67 peratus berbanding bulan yang sama pada 2022, menurut IATA.

IATA gesa kerajaan ikut saranan pakar mengenai sekatan perjalanan
Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menggesa kerajaan untuk mendengar saranan pakar termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya tidak melaksanakan sekatan perjalanan.

IATA, Travalyst bergandingan mengira pelepasan karbon dioksida dalam industri penerbangan
Kerjasama ini akan menumpukan pada data dan metodologi standard untuk pengiraan pelepasan CO2 penumpang.

Syarikat penerbangan diunjur kembali untung, dengan untung bersih global US$4.7 bilion pada 2023 - IATA
IATA juga berkata, kerugian bersih syarikat penerbangan dijangka lebih rendah bagi 2022, dianggarkan berjumlah US$6.9 bilion.

Perhimpunan IATA Geneva rangka masa hadapan industri penerbangan
Antara yang akan mendapat fokus khusus adalah trafik, kargo, keselamatan serta kemampanan yang akan dikemas kini.

Permintaan penumpang pada Oktober petanda pemulihan berterusan - IATA
Perjalanan udara meneruskan momentum pemulihannya pada Oktober 2022.

Permintaan, kapasiti kargo udara global turun pada Oktober 2022 - IATA
Kapasiti menyusut 0.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Jumlah trafik udara pada Julai naik 58.8 peratus, trafik antarabangsa pulih kukuh
Sektor penerbangan terus mencatatkan pemulihan berikutan orang ramai mengambil peluang untuk melakukan perjalanan.

Jumlah trafik udara meningkat 76.2 peratus pada Jun 2022 - IATA
Di peringkat global, trafik untuk perjalanan udara kini berada pada 70.8 peratus daripada paras sebelum krisis pandemik.

Jumlah trafik udara meningkat 83.1 peratus pada Mei 2022 - IATA
Jumlah RPK pada Mei 2022 mencapai 68.7 peratus daripada paras Mei 2019, sekali gus merupakan prestasi terbaik setakat ini pada 2022.