SHAH ALAM: Nilai kekayaan kolektif 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 meningkat sebanyak dua peratus kepada AS$83.4 bilion (RM399.82 bilion), demikian menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh Forbes Asia.
Menurut majalah perniagaan terkemuka itu, peningkatan tersebut didorong oleh kenaikan pasaran saham Malaysia sejak senarai terakhir dikeluarkan, namun diimbangi kejatuhan nilai ringgit.
Menerusi 50 senarai itu, tiga orang Melayu iaitu tokoh korporat,Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary; pemilik Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS), Tan Sri Dr Syed Azman Syed Ibrahim dan tokoh perbankan terkemuka negara, Tan Sri Azman Hashim.
Syed Mokhtar menduduki tangga ke-15 dengan nilai kekayaan bersih, AS$1.3 bilion (RM6.23 bilion), Syed Azman berada di kedudukan ke-28, dengan AS$765 milion (RM3.7 bilion), manakala Azman yang menduduki tempat ke-32 mengumpul sebanyak AS$660 milion (RM3.2 bilion)
Senarai terbaharu itu juga turut memaparkan, Tan Sri Robert Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya di Malaysia dengan nilai bersih AS$11.5 bilion (RM55.1 bilion)
Kedudukan Kuok yang meraikan ulang tahun ke-100 pada Oktober tahun lalu sebagai individu terkaya Malaysia juga bukan baharu kerana beliau telah memegang tempat teratas selama lebih daripada suku abad.
Mengisi tempat kedua ialah Pengerusi Eksekutif Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan dengan nilai bersih AS$8.8 bilion (RM42.1 bilion), sedikit menurun daripada AS$10.2 bilion (RM49 bilion) tahun lalu.
Kedudukan lima teratas pula menyaksikan beberapa perubahan dengan adik-beradik Teh, yang mewarisi kepentingan dalam Public Bank daripada mendiang bapa mereka, Tan Sri Teh Hong Piow, menambah sedikit kekayaan untuk berada di tempat ketiga dengan nilai bersih AS$5.4 bilion (RM26 bilion).
Mereka menggantikan hartawan aluminium, Tan Sri Koon Poh Keong dan adik-beradiknya, yang jatuh ke tempat kelima disebabkan harga dan permintaan untuk logam lemah menyebabkan nilai bersih mereka jatuh kepada AS$5.3 bilion (RM25.4 bilion) daripada AS$5.8 bilion (RM28 bilion) tahun lalu.
Sementara itu, antara senarai hartawan yang merekodkan untung paling ketara tahun ini ialah Tan Sri Francis Yeoh dan adik-beradik yang mengalami peningkatan terbesar dalam kedua-dua nilai dolar dan terma peratusan.
Gabungan kekayaan mereka melonjak kepada AS$4.7 bilion (RM23 bilion), lebih tiga kali ganda daripada tahun sebelumnya, didorong dengan kejayaan syarikat utamanya, YTL yang bekerjasama dengan gergasi AS Nvidia bagi mewujudkan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di pusat datanya di Johor Bahru. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 16 2024
Syed Mokhtar menduduki tangga ke-15 Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024. - Gambar fail
Anwar terima potret misi Ops Jerebu 1997
Misi memadam kebakaran rentas sempadan, Ops Jerebu selama 25 hari yang membabitkan 1,200 anggota bomba pada 27 tahun lampau, diabadikan dalam bentuk potret dihadiahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, individu penting dalam menjayakan tugasan itu pada 1997.
PM dedah ada tidak setuju kenaikan gaji penjawat awam
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
Bekas pemain import Liga Super antara ditahan dalam Op Kutip
Bekas pemain import Liga Super antara yang ditahan dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Puchong Mesra awal pagi Sabtu.
Pesawat ringan terhempas di Besout, Tanjung Malim
Difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.55 pagi melibatkan pesawat yang belum dikenal pasti.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Ada pemimpin kritik kenaikan gaji penjawat awam - PM Anwar
Susulan pengumuman skim gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus bermula 1 Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui ada pemimpin yang tidak berpuas hati engan keputusan itu.
Pusat karaoke guna pintu kebal tawar GRO diserbu
Seramai 90 PATI ditahan membabitkan 37 lelaki dan 51 wanita serta dua kanak-kanak perempuan atas pelbagai kesalahan.
UMNO tak pernah 'dicucuk hidung' sejak kerjasama dengan PH - Puad
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal bahawa UMNO kini menukar prinsip perjuangan sejak bersama PH disifatkan sebagai naif.
Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
[TERKINI] Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Perhimpunan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2024 di Ipoh.
Syed Mokhtar dahului senarai hartawan Melayu terkaya Malaysia
Nilai kekayaan kolektif 50 hartawan dalam Senarai Orang Paling Kaya Forbes Malaysia 2024 meningkat sebanyak dua peratus kepada AS$83.4 bilion.
Robert Kuok, Syed Mokhtar masih tersenarai individu paling kaya di dunia
Terdapat 14 orang kaya Malaysia yang dipaparkan dalam senarai jutawan sedunia Forbes bagi tahun 2019.
Syed Mokhtar bukan penulis artikel tersebar dalam media sosial, WhatsApp
Yayasan Albukhary dalam kenyataan di sini hari ini, berkata artikel itu telah memperdaya orang ramai untuk berfikir atau mempercayai bahawa Syed Mokhtar yang telah menulisnya.