awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tabung Haji nafi ringgit tidak diterima di Mekah dan Madinah

Bernama
Bernama
22/11/2016
12:24 MYT
Tabung Haji nafi ringgit tidak diterima di Mekah dan Madinah
Pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan pengurup wang di dua kota berkenaan. - Gambar fail
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan berita palsu yang disebar menerusi media sosial bahawa mata wang Malaysia tidak diterima di Mekah dan Madinah, Arab Saudi.
Ia berkata pemantauan melalui pejabat TH di Jeddah mendapati mata wang Malaysia diterima oleh kebanyakan pengurup wang di dua kota berkenaan.
"Maklumat mengenai penggunaan kad ATM atau debit tidak diterima juga adalah tidak benar. Penggunaan kad ATM atau debit perlu mengikut tatacara yang betul dan perlu diaktifkan untuk melakukan pengeluaran wang," kata TH dalam satu kenyataan.
TH menasihatkan jemaah Malaysia yang akan ke tanah suci dan berhasrat menggunakan kad ATM atau debit perlu berhubung terus dengan bank yang mengeluarkan kad berkenaan untuk memperoleh maklumat penggunaannya secara betul. -- Bernama
Topic Berkaitan
#dolar
#Madinah
#matawang
#Mekah
#ringgit
#Tabung Haji
#TH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan