awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif timbal balik Trump: Ekonomi banyak negara akan meleset

Astro Awani
Astro Awani
03/04/2025
02:40 MYT
Tarif timbal balik Trump: Ekonomi banyak negara akan meleset
Trump umum tarif universal 10 peratus terhadap semua import negara itu dengan kadar lebih tinggi dikenakan terhadap negara Asia. - Foto REUTERS
PENGENALAN tarif timbal balik oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka mengheret banyak negara ke arah kemelesetan.
Menurut Ketua Kajian Ekonomi AS, Fitch Ratings, Olu Sonola, angka tarif yang diumumkan Trump itu kali terakhir pernah disaksikan adalah pada 1910.
"Kadar tarif AS bagi semua import kini sekitar 22 peratus daripada 2.5 peratus pada 2024. Kadar itu kali terakhir dilihat sekitar 1910.
"Ini adalah pengubah permainan, bukan sahaja untuk ekonomi AS tetapi untuk ekonomi global. Banyak negara mungkin akan mengalami kemelesetan. Anda boleh membuang kebanyakan ramalan, jika kadar tarif ini kekal untuk tempoh masa yang lama," katanya.
Sementara itu menurut Ketua Negara Dezan Shira and Associates, David Stepat, pengumuman tarif timbal balik itu banyak berfokus kepada negara Asia yang menjadi tulang belakang kepada rantai bekalan global.
"Tarif skala ini akan bergelora melalui kilang di Vietnam, pelabuhan di China dan ekosistem teknologi di Jepun," katanya dalam muat naik di laman sosial Linked In.
Trump umum tarif universal 10 peratus terhadap semua import negara itu dengan kadar lebih tinggi dikenakan terhadap negara Asia seperti Kemboja 49 peratus, Vietnam 46 peratus, China 34 peratus, Jepun 24 peratus, Malaysia 24 peratus dan Singapura 10 peratus.
Namun beliau percaya langkah Trump itu tidak akan berjaya memaksa perniagaan untuk melabur ke AS.
"Ekosistem pembuatan tidak boleh dibina semula dalam sekelip mata—sudah tentu bukan melalui langkah perlindungan sahaja," katanya.
Justeru beliau menjangkakan akan berlaku peningkatan harga barangan, penyelarasan semula dagangan dan ketegangan serantau.
"Ketika Asia bersedia untuk menerima impak, rantau ini mesti menyesuaikan—sekali lagi—kepada landskap perdagangan global yang lebih berpecah-belah dan dipolitikkan," katanya.
Topic Berkaitan
#tarif
#Donald Trump
#kemelesetan
#ekonomi global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan