NATIONAL
Trump umum tarif timbal balik, Malaysia kena 24 peratus

Trump mengumumkan gelombang tarif baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini ke atas import dari semua negara yang berdagang dengan AS. - Foto fail/REUTERS
AMERIKA Syarikat (AS) kenakan tarif timbal balik 24 peratus ke atas import dari Malaysia dalam gelombang perang perdagangan global.
Presiden Donald Trump pada Rabu mengumumkan gelombang tarif baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini ke atas import dari semua negara yang berdagang dengan AS.
Antara tarif timbal balik yang tinggi dikenakan terhadap China sebanyak 34 peratus, Kesatuan Eropah 20 peratus, Vietnam 46 peratus, Sri Lanka 44 peratus, Kemboja 49 peratus, Laos 48 peratus dan Myanmar 44 peratus.
"Tarif ini bukan timbal balik sepenuhnya. Saya boleh lakukan timbal balik penuh tetapi ia akan menyukarkan banyak negara. Kita tidak mahu itu terjadi," kata Trump ketika mengumumkan tarif berkenaan.

Berdasarkan data yang dikumpul Reuters, Malaysia disenaraikan sebagai negara dengan defisit dagangan bernilai AS$25 billion manakala China sebanyak AS$295 bilion.
Defisit dagangan bermakna Malaysia mengeksport lebih tinggi berbanding import barangan dari AS.

Perdagangan dua hala antara Malaysia dan AS mencecah RM324.9 bilion pada tahun 2024.
AS merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia, menyumbang 11.3 peratus daripada jumlah perdagangan negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami