BUSINESS
Tarif Trump: Belia, Gen Z sedia bertukar ke pilihan lebih murah, barangan tiruan - Belia

Vicky berkata pengguna muda bersedia memilih barangan tiruan yang menawarkan kualiti yang sama dengan jenama terkemuka. - Gambar hiasan/Pexels
KUALA LUMPUR: Belia dan Gen Z sedia untuk bertukar kepada pilihan jenama yang lebih murah sekiranya tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) menyebabkan harga produk pengguna menjadi lebih mahal.
Ringkasan AI
- Belia dan Gen Z sedia bertukar kepada jenama lebih murah atau barangan tiruan: Mereka cenderung memilih jenama lain atau barangan tiruan yang menawarkan kualiti sama jika tarif Amerika Syarikat menyebabkan harga produk pengguna meningkat.Permintaan iPhone menurun: Tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas China, pengeluar utama iPhone, menyebabkan ramai pengguna beralih kepada jenama lain atau barangan tiruan.Malaysia perlu meningkatkan taraf pengeluaran: Untuk mengurangkan impak tarif dan tindakan unilateral oleh negara lain, Malaysia perlu meningkatkan pengeluaran dalam industri masa depan, termasuk kecerdasan buatan dan infrastruktur fizikal.
“Hakikatnya, permintaan iPhone semakin kurang susulan tarif yang dikenakan Amerika Syarikat ke atas China, memandangkan China merupakan pengeluar utama produk tersebut.
“Maka, ramai akan memilih jenama lain atau membeli barangan tiruan. Itu sahaja pilihan yang ada. Pada saya barangan tiruan ini memberi kesan negatif kepada jenama-jenama yang ada dalam pasaran,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam progam Dialog Anak Muda pada Jumaat.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif FSS Associates, Ijlal Hannan Hafeedz berpandangan, Malaysia perlu meningkatkan taraf pengeluaran dalam industri masa depan.
Tindakan itu bagi mengurangkan impak tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat atau apa-apa tindakan unilateral oleh mana-mana negara yang memberi kesan negatif kepada prestasi perdagangan negara.
“Katakan kita akan bergantung kepada kecerdasan buatan (AI) pada masa depan, yang bukan semata-mata bergantung kepada perisian, bahkan juga infrastruktur fizikal.
“Kita perlu mula dari sekarang untuk cari produk dan perkhidmatan yang menjadikan Malaysia tidak boleh diketepikan dalam rundingan mengenai tarif.
“Sejujurnya, antara Malaysia dan China sekalipun, kita tidak ada sebarang kelebihan melainkan hubungan diplomatik yang baik,” ujarnya.
CNN pada 9 April lalu melaporkan, Apple Inc. berdepan cabaran besar apabila harga telefon pintar, iPhone, syarikat itu boleh meningkat sehingga USD3,500 (kira-kira RM15,740), hampir tiga kali ganda daripada harga semasa, jika syarikat itu memindahkan operasi pengeluarannya dari China ke Amerika Syarikat.
Selain itu, beberapa keputusan mengenai perdagangan antara Amerika Syarikat dan China diumumkan sepanjang minggu ini yang meningkatkan kebimbangan mengenai kenaikan harga bagi pelbagai barangan dan perkhidmatan pengguna.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami