awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tarif Trump: "Saya jarang puji tapi Kerajaan Madani memang bijak tangani" - Nazir Razak

Khalis Khadir
Khalis Khadir
06/05/2025
10:00 MYT
Tarif Trump: "Saya jarang puji tapi Kerajaan Madani memang bijak tangani" - Nazir Razak
Nazir berkata, kematangan diplomasi Malaysia untuk berunding berbeza jika dibandingkan dengan beberapa negara lain yang terus bertindak balas. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pendekatan Malaysia menangani isu tarif Amerika Syarikat perlu diberi pujian dan dijadikan ikutan negara lain di rantau ini.

Ringkasan AI
  • Pengerusi ASEAN-BAC, Tan Sri Nazir Razak, memuji kematangan diplomasi Malaysia dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat melalui pendekatan yang tenang, perundingan berstrategi, dan perancangan semula.
  • Nazir menekankan bahawa beberapa negara bertindak balas terlalu cepat terhadap isu tarif, yang boleh menggugat kepentingan ekonomi ASEAN.
  • ASEAN-BAC sedang mengusulkan beberapa inisiatif kepada pemimpin ASEAN, termasuk projek Asean Business Entity (ABE) dan pasaran swasta.

Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC), Tan Sri Nazir Razak berkata, kematangan diplomasi Malaysia untuk berunding berbeza jika dibandingkan dengan beberapa negara lain yang terus bertindak balas.
“Bagi mereka yang telah lama kenal saya, pasti tahu saya jarang beri pujian tapi saya benar-benar rasa kerajaan Malaysia di bawah pimpinan hari ini bijak tangani isu tarif Amerika Syarikat.
“Pertama, Malaysia kekal tenang. Kedua, Malaysia jalankan libat urus untuk bezakan antara retorik dan realiti dari aspek Amerika Syarikat. Ketiga, kita kembali merancang semula. Keempat, kita akan kembali berunding. Saya rasa ini pendekatan yang tepat, berbanding banyak negara lain,” katanya ketika sidang media mengenai inisiatif ekonomi ASEAN-BAC, di sini, pada Selasa.
Beliau turut menyentuh pendekatan beberapa negara lain yang bertindak balas secara terlalu cepat sehingga menggugat kepentingan ekonomi serantau.
"Terdapat hubung kait yang rapat antara pengurangan tarif dan peningkatan halangan bukan tarif dan pada kiraan terakhir, terdapat kira-kira 9,642 halangan bukan tarif di seluruh ASEAN," ujarnya.
Dalam pada itu, Nazir turut memberi kemas kini tentang kemajuan pelbagai inisiatif di bawah ASEAN-BAC, termasuk projek Asean Business Entity (ABE) dan rangka kerja pasaran swasta serta filantropi.
Katanya, kesemua pelan itu telah siap dan akan diusul kepada pemimpin ASEAN pada penghujung Mei ini.
Beliau turut menyampaikan pesanan agar ASEAN tidak terlampau meletakkan sasaran tinggi sehingga sukar dicapai, sebaliknya perlu realistik memandangkan kegawatan fiskal serantau masih belum stabil.
Topic Berkaitan
#tarif AS
#Nazir Razak
#ASEAN-BAC
#tarif Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan