Skip to main content

Dunia

7 maut selepas kereta terjunam ke dalam terusan di Mesir

Youtube youm7 break
Kenderaan yang terbabas dan terjunam ke dalam Terusan Mariouteya di Giza pada Isnin berjaya dikeluarkan manakala mayat mangsa turut ditemukan. - Foto YouTube youm7 break

KAHERAH: Tujuh individu maut pada Isnin selepas sebuah kenderaan terjunam ke dalam terusan di wilayah Giza, selatan Kaherah, apabila pemandunya hilang kawalan, menurut laman berita milik kerajaan Ahram Online, lapor Xinhua.

Kemalangan itu berlaku selepas kenderaan berkenaan terbabas dari jalan, terbalik dan terjunam ke dalam Terusan Mariouteya di Giza, menurut laporan itu.

Polis, pasukan penyelamat dan ambulans dikerahkan ke lokasi kejadian.

Kenderaan itu kemudiannya berjaya dikeluarkan dari terusan manakala mayat mangsa turut ditemukan, menurut laporan itu.

Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu yang hilang kawalan terhadap kenderaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan, tambah laporan itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement