KUALA LUMPUR: Projek pembangunan telaga minyak laut dalam Petroliam Nasional Bhd (Petronas) iaitu Fasa 3 Gumusut-Kakap (GK) di luar pesisir Sabah, telah berjaya mencatat pengeluaran minyak pertamanya pada 31 Julai, 2022.
Dalam kenyataan hari ini, syarikat minyak dan gas negara itu berkata Sabah Shell Petroleum Co Ltd merupakan pengendali projek GK dengan kerjasama Petronas Carigali Sdn Bhd, ConocoPhilips Sabah Ltd, PTT Exploration and Production Public Company Ltd dan PT Pertamina Malaysia Eksplorasi Produksi.
Dalam usaha itu, dua telaga pengeluar minyak baharu serta dua telaga penyuntik air telah digerudi.
Menurut Petronas, apabila siap sepenuhnya dalam suku pertama 2023, empat telaga terbabit akan menambah kira-kira 25,000 tong sehari kepada kapasiti pengeluaran GK yang sedia ada.
"Petronas amat berbangga dengan kegigihan kontraktor pengatur petroleum, termasuk penyedia perkhidmatan yang dengan sokongan kukuh kerajaan negeri Sabah, telah berjaya mengatasi cabaran projek tersebut terutama ketika kemuncak pandemik.
"Ini jelas membuktikan ketahanan ekosistem minyak dan gas tempatan. Biarpun kawasan cetek terus menyokong pengeluaran negara, (prospek) masa depan sebaliknya bergantung kepada peranan laut dalam yang merupakan satu perempat daripada jumlah keluasan luar pesisir kita," kata Naib Presiden Kanan Petronas bagi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Mohamed Firouz Asnan.
Petronas menerusi MPM, menguruskan pengaturan petroleum di Malaysia selain menyediakan pengurusan aktiviti huluan petroleum.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
Petronas menerusi MPM, menguruskan pengaturan petroleum di Malaysia selain menyediakan pengurusan aktiviti huluan petroleum. - Gambar fail
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Telaga laut dalam Gumusut-Kakap catat pengeluaran minyak pertama - Petronas
Dalam usaha itu, dua telaga pengeluar minyak baharu serta dua telaga penyuntik air telah digerudi.